“Sebelum nak saman pi baca dulu akta’ – Eira kembali curi tumpuan dengan satu video `mencabar` tentang saman malu

Umum mengetahui apa yang terjadi antara instafamous dan duta Eira dan Suharniz4an. Video yang tular baru-baru ini membuatkan Suharniz4an  mengambil tindakan undang-undang ke atas Eira. Menurut Suharniz4an Md. Sidek, 37, kata cacian yang didakwa dilakukan personaliti terlibat menerusi Facebook secara langsung telah menyentuh rupa fizikalnya.

“Malah, wanita itu juga memaparkan beberapa gambar saya dan anak-anak tanpa kebenaran di Facebook Live yang ditonton oleh ramai pengikutnya sekali gus memberi kesan mendalam kepada kami.

“Walaupun ia terjadi hampir sebulan, namun terdapat akaun media sosial lain yang memuat video itu semula sekali gus mencetuskan suasana tidak selesa kepada kami sekeluarga sehingga kini,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Suha4rnizan yang bekerja sebagai Pesuruhjaya Sumpah berkata, kejadian itu berlaku selepas dia meninggalkan satu komen ketika wanita berkenaan melakukan Facebook Live pada pukul 10 pagi, 18 Ogos lalu.

Katanya lagi, tanpa disedari personaliti terbabit telah membalas komen itu secara langsung di akaun Facebook milik personaliti berkenaan yang berbaur penghinaan fizikal.

Peguam Mohd. Rasheed berkata, pihaknya telah menghantar notis tuntutan sivil kepada personaliti terlibat. Antara tuntutan itu adalah personaliti itu diminta untuk memohon maaf secara terbuka dan membayar kos pampasan serta ganti rugi dalam tempoh 14 hari.

Peguam bagi pihak Suha4rnizan Md Sidek, iaitu Mohd Rasheed Hassan berkata, walaupun terdapat permohonan maaf yang dibuat ‘influencer’ itu, namun isu ‘body shaming’ boleh didakw4a mengikut Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Perkara ini perlu dijadikan pengajaran terutama kepada sesiapa saja di media sosial yang melakukannya. Jangan selamba cakap, perlu berfikir dulu sebelum mengatakan sesuatu di laman sosial sebab undang-undang itu ada. Perkara ini memberi kesan kepada mangsa.

“Memang nampak dia ada buat permohonan maaf melalui FB, tapi saya rasa makian yang dibuat pada klien saya adalah lebih lapan minit. Kalau dia nak minta maaf, kita akan sediakan skripnya termasuk pengakuan tidak akan buat lagi, tidak akan mengatakan benda negatif terhadap klien kami, tuntutan ganti rugi dan sebagainya.

“Kalau perkara itu boleh dipersetujui atau ‘make an offer’ untuk kita selesaikan luar mahkamah. Tapi kalau dia senyap, kita boleh cari dia atau kalau tidak, kita terpaksa berjumpa di mahkamah,” katanya.

Mohd Rasheed berkata, pada masa sama, pihaknya meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan sewajarnya.

Eira Aziera kini kembali dengan LlVE baru yang lebih sopan.

Terdahulu, Eira telah memuat satu video bagi membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan kepada mereka yang telah dimaak1nya itu.Dengan permohonan itu telah dipandang seer0ng oleh wargamaya dengan mengatakan bahawa ia sekadar lakonan dan tidak ikhlas ketika membuat permoohonan maaf.

Jika tengok klip video terbaru Eira nampak lebih baik cara bercakapnya. Mungkin kes1lapan sebelum ini telah mengubah dirinya ke arah lebih baik.

Cuti mkn apa roti Milo dapppp

Gepostet von Eira Aziera am Dienstag, 15. September 2020

Perkongsian dari halaman page Makcik Kiah agak mengejutkan

Terkini tular satu video dimana Eira mencabar pula untuk saman. Dalam video tersebut Eira berkata tidak kisah nak saman malu. Dia juga berkata jangan sampai dia saman balik. Eira juga jelaskan kenapa dia boleh saman malu kembali. Tidak dapat dipastikan sama ada video ini ditujukan untuk isu terbaru atau tidak. Saksikan video tersebut dibawah dimana Eira jelaskan kenapa dia boleh buat saman malu juga.

https://www.facebook.com/makcikkiahori/videos/766388423933533/

 

Terbaru diberitakan oleh kawan nya,

Puan Suharnizan ni telah filekan Saaman malu sebanyak 2 JUTA. Kepada orang yang menghiina dia sesuka hati tanpa rasa bersalah. Kita tengok sejauh mana dia berdepan dengan sam4n ni.

Apa yang pihak kami harapkan semoga isu ini diselesaikan dengan cara baik. Seeloknya diluar mahkamah atau pun minta maaf secara terbuka dengan kedua-dua belah pihak bertentang mata. Apa yang baik jadikan tauladan dan yang kurang baik jadikan sempadan.

Ingat guys!!! Jangan suka2 body shaming orang lain. Itu adalah JENAYAH

Artikel Olahan RJ

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.