Selalu Ponteng, Pelajar Mnangis Sbb Tiada Duit Tambang. Bila Cikgu Dtg ke Rumah, Trbongkar Kisah Sebenar

Pelajar saya. Dia ni antara yang saya paksa untuk ambil bantuan makanan sejak sebelum wujudnya PKP lagi.

Dia ni jugalah pelajar yang saya kena cari setiap minggu sejak tahun lalu semata-mata mau tanya “Balik nanti ada tambang kah? Tambang untuk esok ada lagi kah?”

Kadang-kadang saya minta tolong cikgu lain untuk tanyakan jika saya tidak punya kesempatan.

Memang kena tanya. Kalau tak tanya, saya tak akan dapat jawapan. Dia lebih rela jalan kaki ke sekolah daripada bagitau yang dia tiada tambang.

Lebih sanggup lapar daripada bagitau yang dia tiada apa untuk dimakan. Kuatnya dia. Tabahnya dia jalani kehidupan dalam kesusahan.

Menangis walau belum ditanya apa-apa

Dia ni pernah menangis (2019) bila cikgu disiplin Akma Che Pa tanya kenapa tak datang sekolah (sehari tak hadir). Bila murid nangis, cikgu disiplin biasalah, terus pass dekat saya untuk handle kesnya (ketawa)..

Sampai dekat saya, sama juga. Menangis. Walhal belum tanya apa-apa lagi. Saya bagi tisu. Biarkan dia menangis sana sampai puas.

Bila mendung berlalu, baru tanya. Dia hanya tunduk dan jawab “ndakda tambangku cikgu” (Saya tiada duit bayar tambang, cikgu)..

Saya tanya lagi, yang sebelum ni hadir ke sekolah siapa bagi duit? “Aku jalan kaki cikgu.”

Jawapannya membuatkan saya tak tanya lebih. Timbul rasa kasihan, tak percaya, respect, kagum…!! Hanya ini yang bermain di fikiran masa itu.

Pergi sendiri ziarah ke rumah, rupanya..

Rumah dia sangat jauh untuk berjalan kaki. Sekolah pula di sesi petang. Kena datang sekitar 11 pagi. Panasnya matahari jangan cerita.

Adik kecilnya kehabisan susupun dia tak cakap. Mujur juga pernah datang ke rumah dia dulu. Dari situ tahu dia ada adik.

Asbab dari kisah dialah saya mula untuk buat tabung khas untuk pelajar-pelajar saya yang tak mampu untuk datang ke sekolah. Semua dana tu dari sumbangan anda.

Biarlah mereka lemah sekalipun dalam akademik tidak mengapa. Asalkan mereka rajin untuk datang ke sekolah.

Sekadar info

Bagi yang mungkin tidak mengenali, Maisarah Hannan merupakan seorang guru, seorang muallaf dan juga seorang aktivis masyarakat yang hebat menjalankan kerja-kerja kebajikan di pedalaman Sabah.

Berusia 35 tahun, cikgu Maisarah adalah guru kaunseling dan mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Conven St Cecilia, Sandakan, Sabah.

Ada satu kisah ‘luar biasa’ yang dikongsikan cikgu Maisarah ketika awal beliau mahu memeluk Islam.

Kata cikgu Hannan, setiap kali dengar azan subuh, dia akan bangun, berwuduk ikut panduan dalam buku yang dibeli dan kemudian duduk di sejadah dalam keadaan bergelap tanpa melakukan apa-apa.

Tidak sampai sebulan bergelar muallaf, datang ‘keajaiban’ apabila dia mendapat surat tawaran program perguruan dari KPM bidang counselling and guidance di UIA. Asbab tuhan mahu permudahkan urusannya sebagai saudara baru, kata Cikgu Hannan.