Selepas Dikecam Buka Tudung, Terb0ngkar Macam Mana YB Ras Adiba Boleh Berdiri Dlm Parlimen

Biarpun pergerakan agak terbatas susulan menghidap Thoracic 10 Paraplegic, YB Senator Ras Adiba Mohd Radzi tetap terus berkhidmat kepada rakyat.

Ahli Parlimen yang merupakan ahli Parti Wakil O-KU telah dilantik Yang di-Pertuan Agong sejak 20 Mei lalu bagi mewakili suara golongan kelainan upaya (OK-U) ke Parlimen.

Baru-baru ini, beliau mengejutkan orang ramai apabila mampu berdiri ketika sesi persidangan di Parlimen.

Dedahnya, beliau mampu berbuat demikian atas sokongan kerusi roda khas yang membolehkannya untuk berdiri tegak.

“Semalam ramai yang bingung melihat bagaimana saya boleh berdiri ketika perbahasan Titah Di Raja, sedangkan saya seorang yang menggunakan kerusi roda.

“Saya seorang pesakit saraf tunjang dan lumpuh separuh badan iaitu di paras Thoracic atau T10. Justeru saya hanya mampu berdiri dengan bantuan kerusi roda berdiri Llyod. Semoga perkongsian ini dapat bantu sahabat OK-U saya, yang ingin berdiri walau seketika,” katanya.

Apa itu paraplegik toraks (thor-acic para-plegic)?

Menurut Spinal Injury 101, Thoracic 10 Parapl-egic merupakan kondisi di mana tulang belakang mengalami kecederaan dan boleh menjejaskan fungsi otot.

Individu yang mempunyai Tho-racic 10 Para-plegic lazimnya boleh mengawal gerakan bahagian atas badan dengan normal. Mereka juga mempunyai kemampuan yang agak baik untuk mengawal dan mengimbangkan batang tubuh ketika sedang duduk.

Sebahagian individu dengan kondisi ini juga boleh berdiri dengan sokongan, malah ada yang boleh berjalan dengan bant-uan pendakap.

Namun begitu, rata netizan agak terkejut dengan penampilan terbaru Ras Adiba tanpa hijab. pelbagai spkvlasi mula di buat

Rata-rata netizan terus mendoakan beliau di berikan hidayah

“Dia ada jawab soalan psl buka tudung ni di ig,katanya sebelum ni dia tak bertudung,dia cuma pakai skaf atau turban shj…huhu…wallah hu a’lam. Semoga Allah melembutkan hati kita semua utk melaksanakan suruhan dan meninggalkan laran gan-Nya.Aaaminnn” tulis seorang netizan

Ras Adiba: Ramai orang ‘tak sabar nak jadi OK-U’

Senator Ras Adiba Radzi meluahkan rasa kecew-anya apabila banyak kemudahan awam yang dikhaskan oleh orang kelainan upaya (OK-U) digunakan pihak yang tidak berhak dipercayai berpunca kepada tiadanya penguatkuasaan.

Menyifatkan perkara tersebut sebagai “tidak sabar nak jadi OK-U,” Ras Adiba berkata ramai yang ingin mengetahui status dan pencapaian pelan induk aksesibiliti yang diperkenalkan oleh kerajaan dan adakah ia akan diteruskan atau sebaliknya.

“Ketika ini aksesibiliti kemudahan dalam dan luar bangunan serta ruang awam di setiap kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) masih tidak memuaskan. Banyak lagi kemudahan awam yang tidak mesra OK-U.

“Bukan itu sahaja, kemudahan kami sering disalahgunakan oleh orang bukan OK-U seperti meletak kenderaan di parkir kami, menjadikan tandas kami sebagai stor simpan dan sebagainya.

“Ia seolah-olah ramai di luar sana tidak sabar menjadi sebahagian daripada kami, tidak sabar nak jadi OK-U.

“Jelas, tidak ada penguatkuasaan adalah punca utama berlakunya perkara seperti ini,” katanya di Dewan Negara ketika membahaskan ucapan menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong.

Tambah Ras Adiba, dia juga meminta kerajaan menaik taraf kemudahan asas dan infrastruktur di insitutsi pengajian tinggi dan sekolah secara berperingkat.

Menyentuh mengenai isu sektor pekerjaan dan pengangguran dalam kalangan OK-U, senator mewakili OK-U di Dewan Negara itu berkata syarikat swasta wajar memberi peluang kepada golongan terbabit bekerja.

Tambahnya, matlamat kerajaan dalam memastikan 1 peratus OK-U dalam kerajaan juga masih tidak dicapai walaupun sudah tiga dekad berlalu sejak ia dinyatakan.

“Saya sendiri mengalami diskrimi-nasi dan disisihkan selama enam tahun selepas menjadi OKU.

Makan nasi dgn garam,minum air paip

“Majikan lama saya tidak memberi saya peluang untuk saya kembali berkhidmat. Mungkin kerana saya tidak seperti dahulu – tidak boleh berdiri, tidak boleh bergerak dan mungkin tidak semanis dahulu.

“Suk-ar saya bukan kepalang.. saya hanya makan nasi bercampur garam dan meminum air paip selama enam tahun,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MB