Selepas Disiasat SPRM, Bubblebee Umum Tamatkan Kerjasama Dengan Rakan Kongsi. 4 Cawangan Ini Akan Ditutvp

Susulan slasatan Suruhanjaya Pencegah Rasvah Malaysia (SPRM), syarikat pengeluaran air minuman Bubblebee Sdn Bhd men4matkan usahasama di empat cawangan yang terkait dengan siasatan berhubung pengvbahan wang h4ram.

Ketua Pegawai Eksekutif Bubblebee, Datuk Ismail Abdul Rahman berkata, apa yang berlaku terhadap rakan usahasama mereka telah mendatangkan kesan negatlf yang secara tidak langsung menjejaskan repvtasi perniagaan tersebut.

Malah, perkara itu turut menyebabkan salah seorang ahli lembaga pengarah Bubblebee iaitu Shuib dipanggil bagi membantu slasatan.

“Walaupun kami sendiri tidak pasti tentang kebersalahan rakan usahasama cawangan kami ini kerana kes ini masih dalam siasatan pihak berkuasa, tetapi yang jelas, siasatan ke atas rakan usahasama ini telah mendatangkan kesan negatlf yang mampu menjejaskan repvtasi perniagaan kami dengan tervk sekali.

“Sehubungan dengan itu, kami mengambil keputusan untuk menamatkan usahasama dengan kesemua rakan usahasama yang menguruskan empat cawangan berkenaan, ” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, empat cawangan iaitu Bubblebee Ampang, Senawang, Sentul dan Sungai Buloh akan ditvtup untuk sementara waktu bagi melancarkan urusan pengambilalihan operasi oleh ibu pejabat Bubblebee.

Sebagai makluman, Ismail berkata, syarikat tersebut ditubuhkan pada hujung tahun 2019 dengan menghimpunkan beberapa usahawan yang pakar dalam bidang masing-masing terutamanya dalam industri minuman, penghasilan madv lebah, dan pemasaran.

Pasangan selebriti tanahair, Shuib Sepahtu dan Siti Sarah yang berperanan dalam bidang pemasaran menjadikan Bubblebee kini bukan sahaja minuman, malah jenama perniagaan yang dikenali ramai yang menjadi igauan pengusaha untuk menjadi rakan kongsi atau francais.

Sehingga kini, Bubblebee mempunyai 17 cawangan iaitu 11 cawangan merupakan milik penuh manakala enam cawangan lagi dibuka secara usahasama.

Pada 1 Oktober lalu, Shuib dan isterinya dilap0rkan dipanggil hadir ke pejabat SPRM, Putrajaya berhubung pengvbahan wang h4ram membabitkan perniagaan air yang dijalankan mereka.

Shuib dan Sarah menerusi Instagram miliknya menjelaskan mereka dipanggil bagi memberikan kerjasama penuh terhadap slasatan tersebut.

Sumber : Mstar