Semalam Rita Dah Bagi Cukup-Cukup, Sekali Hari Ini Rita Muatnaik Lagi Status Dan Kali Ini Ayat Lagi Pdas

Kenyataan dibuat AidiI Zafuan berhubung pembayaran nfkah kepada dua anak yang dijaga bekas isteri, Rita Rudaini, semalam, menarik perhatian ramai setelah sekian lama dia berdiam diri.

Dipercayai AidiI yang juga pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT) itu sebagai penafian kepada tduhan sesetengah pihak yang mengatakan dia mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa.

Namun selepas kenyataan AidiI itu, Rita Rudaini tidak menunggu lama untuk membalas semula kenyataan di Insta Story Instagram beliau.

Bukan sekali, Rita dilihat beberapa kali memuatnaik entri mempersenda AidiI.

Hari ini, pemilik nama sebenar Rita Rudaini binti Mokhtar itu seakan masih tidak ‘puas’ untuk meluahkankan segala terbuku di hati.

Antaranya Rita berkata dia tidak pernah meminta AidiI untuk menaikkan jumlah nfkah yang dibayar sejak Januari 2015.

” Kenapa tak tulis, bekas isteri saya yang saya rindui,,;

” 1) Tak pernah meminta untuk dinaikkan jumlah nfkah anak

” 2) Tak pernah meminta duit untuk bayaran sekolah (sekolah kerajaan atau swasta), tak pernah meminta duit baju raya, baju sekolah, baju harian.

” 3) Tak pernah meminta duit pergi bercuti walaupun bapak dorang selalu pergi percutian mewah.

” 4) Tak pernah meminta tanggung apa-apa pun perbelanjaan lain yang sewaktu dengan anak-anak.

” Bak kata, bekas ister saya memang awesome lah sebab berdikari dan tak pernah kacau hidup saya dari masa kahwin dengan dia sampai lah dah jadi bekas, dan duit saya walaupun berbekalkan RM3000 arahan court untuk tahun 2013.

” Terima kasih bekas isteriku kerana tolong jaga benih-benih yang ku tinggalkan.” tulis RIta

Semalam, RIta antara lain berkata beliau tidak pernah menafikan pembayaran nfkah yang dibuat AidiI kepada anak-anaknya.

” Jangan bunyi, saya tak bunyi dan tak mintak naikkan belanja pund ari 2015 hingga sekarang.. saya tak kacau pun duit awak anak beranak.. awat sentap? Kuat sentap ekk, sapa ajaq? Dulu tak pon..

” Patut hang bersyukur laa ada bekaih bini yang bagus didik benih hang ni jadi manusia…

” Kurang-kurangnya aku tak lari tinggalkan anak-anak aku macam.. pi mana pun aku bawak, didik sorang-sorang tak pernah cuit atau kcau duit harta hang pun..

” Tak reti bersyukur langsung alahaii,” tulis Rita.

Terdahulu AidiI menjelaskan beliau telah memberi nfkah kepada anak-anaknya pada setiap bulan tanpa gagal seperti yang ditetapkan oleh pihak mhkamah.

Selain itu AidiI juga memberitahu dia berhak untuk menyatakan setiap tanggungan kepada pihak LHDN,  termasuklah pembayaran nfkah kepada anak-anak (di bawah jagaan Rita).

AidiI turut memberi amaran kepada pihak-pihak mengeluarkan f1tnah dan penghin4an yang boleh menyebabkan imej, karier dan nama baik keluarganya tercalar, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tndakan.

Sumber:IG AidiI Zafuan dan Rita