Semua Tabika Dan Taska KEMAS di Semua Daerah ini Diarahkan Tutup Seluruh Negara

Masyarakat diingatkan supaya tidak terus leka dan alpa mengamalkan norma baharu bagi mengekang penularan wabak Cov- 19.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu.

Ramai yang sedar mengenai punca dan cara mengekang jangkitan virus ini.

Katanya, ketika itu masyarakat peka dan mendengar nasihat penjagaan diri, mencuci tangan.

Selain engamalkan penjarakan fizikal sosial, mengelak 3S, iaitu kawasan sesak dan sempit serta bersembang atau bertutur dalam jarak yang dekat.

Rakyat Mudah Alpa

“Namun, ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kita lihat amalan ini nampaknya belum menjadi budaya.

Ada yang bersesak-sesak ketika membeli belah dan menggunakan lif selain tidak memakai pelitup muka.

“Bagaikan tidak takut maut. Mereka hanya risau dan takut apabila mendengar kes meningkat.

Dan bila ada penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tempat-tempat tertentu,” katanya.

Beliau berkata ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Sesi Town Hall Pembudayaan Norma Baharu Dldalam komuniti bagi mencegah penularan Cov-19 di Desaru, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Chong Chee Keong; Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Dr Norhayati Rusli dan Pengarah Kesihatan Johor, Dr Aman Rabu.

Mengulas lanjut, Dr Adham berkata, amalan norma baharu seharusnya menjadi budaya masyarakat sepanjang masa.

Bukannya hanya ketika berlaku peningkatan kes aktif wabak berkenaan.

Sementara itu, beliau berkata, Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) yang sebelum ini berkesan dalam memerangi wabak denggi kini akan diaplikasi dalam memerangi wabak Covid-19 di seluruh negara.

Katanya, sukarelawan COMBI di seluruh negara akan digerakkan bagi meningkatkan kesedaran awam terhadap norma baharu dalam kalangan masyarakat.

“Sehingga September lalu, terdapat sebanyak 3,007 pasukan COMBI di seluruh negara membabitkan 26,191 sukarelawan yang akan digerakkan bagi kita memerangi Cov19.

“Di Johor ada 25 pasukan COMBI yang berdaftar dengan pembabitan seramai 1,530 sukarelawan yang akan digerakkan bagi membantu melaksanakan program kesedaran norma baharu,” katanya.

Kelas Kafa Diteruskan Seperti Biasa

Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) tetap dilaksanakan seperti sesi persekolahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tetapi perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bagaimanapun berkata, kementeriannya tiada halangan jika kelas Kafa dilakukan secara talian.

“Perkara itu perlu mendapat keizinan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pada masa sama perlu kaedah pelaksanaannya perlu diteliti.

“Kita tidak mahu apabila kelas melalui atas talian, pelajar 30 orang tetapi yang terima akses hanya 10 atau 15 orang.

Paling penting mesej pembelajaran tetap disampaikan,”

Dia berkata pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Kafa Peringkat Kebangsaan di Hotel Geno, Shah Alam hari ini.

Dalam pada itu, difahamkan Pulau Pinang menjadi antara negeri pertama yang mengadakan kelas Kafa secara dalam talian.

Semua Tabika Dan Taska KEMAS di Semua Daerah ini Diarahkan Tutup Seluruh Negara

Semua taman bimbingan kanak-kanak (tabika) dan taman asuhan kanak-kanak (taska) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang berada dalam zon merah COV-19 di seluruh negara kini ditutup, kata Ketua Pengarahnya Datuk Mohamad Yasid Bidin.

Beliau berkata tindakan itu dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membendung penularan wa.bak COV-19 dalam kalangan murid dan petugas.

“Setakat ini, sebanyak 281 tabika dan sembilan taska di Kedah, Terengganu dan Sabah membabitkan 6,699 murid telah ditutup…

Namun kami jangkakan mungkin akan ada lagi (tabika dan taska) di zon merah di negeri lain yang akan ditutup,”

Dia berkata kepada pemberita selepas Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku, di sini hari ini.

Menurutnya penutupan itu adalah sehingga mendapat kebenaran untuk beroperasi daripada KKM.

Program anjuran Kemas itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Shabudin Yahaya yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor.

Mengulas lanjut, Mohamad Yazid berkata sejak beroperasi semula, tabika dan taska Kemas mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard yang ditetapkan pihak berkuasa.

Ini termasuk membenarkan hanya 30 hingga 50 peratus kehadiran pada setiap hari bergantung pada keluasan kelas.

“Mereka datang ke kelas secara bergilir contohnya jika A datang hari ini esok dia tidak hadir.

Ini kerana untuk bagi memberi peluang murid b pula hadir.

“Kelas kami juga memang mematuhi SOP ditetapkan malah disanitasi setiap hari oleh petugas Kemas,” katanya.

Beliau berkata ketika ini terdapat 11,900 kelas membabitkan 220,000 murid tabika dan taska Kemas di seluruh negara.