Setelah bercerai, siayah paksa anak kecil selongkar tong sampah dan diajar MENCUR1

Benarlah … setiap ujian pasti mengandungi hikmahnya yang tersembunyi… Empat tahun terputus hubungan setelah perceraian … hari ini mahkamah yang mulia ini menjadi saksi pertemuan tiga beranak ini. Ketiganya berpelukan dalam deraian air mata.

Hilanglah rindu yang selama ini bertahun disimpan. Si adik terutamanya .. tidak henti-henti menang1s dan kelihatan sangat manja dalam pelukan ibu kandungnya. Selama ini … dia tidak ingat wajah ibu. Hanya pernah menatap gambar wajah ibu yang disimpan saudaranya di kampung.

Bagi kami .. sungguh terharu kerana hari ini … anak-anak ini ada ibu sebagaimana anak-anak kami yang lain yang rata-ratanya ada ibu tetapi tiada berayah. Pihak kami telah berjaya menjejak ibu kandung anak-anak ini yang tinggal jauh di pedalaman lewat malam semalam.

Si ibu yang menoreh getah ini tinggal bersama keluarga bersama seorang lagi adik lelaki mereka (6 tahun) di sebuah rumah milik tok dan tok wan si ibu yang mana keduanya sudah lumpuh akibat sakit tua. Nenek mereka (ibu kandung si ibu) juga ibu tunggal.

Sejak berpisah .. si ibu tidak pernah menjejakkan kaki ke bandar ini terlalu fobia. Takut kalau-kalau terserempak dgn bekas suami. Sak1tnya tubuh dipuk0l bekas suami satu masa lalu masih terasa. Itulah yang menghalang dia dari menjejaki si anak. Kebetulan hidupnya di kampung pun susah.

Pengakuan si adik … dia terpaksa tidur merempat selama bersama si ayah. Tidur di dalam hutan beralaskan plastik dan kotak. Di suruh menyelongkar tong sampah untuk mencari barang terbuang. Kemudian dia disuruh menjual barang terbuang untuk mendapatkan wang. Ayah juga pernah membawa si anak mencur1!

Dia selalu dimar@hi kerana tidur di sebelah malam . Pernah juga ditempeleng kerana enggan bangun ketika tidur malam. Mungkin si ayah hendak mengajak si anak menjalankan aktivitinya di sebelah malam sedangkan si anak kecil itu terlalu letih.

Ternyata selama hampir tiga minggu bersama si ayah … anak ini telah mengalami kejutan dan pengalaman hidup yang di luar batasan usianya. Alhamdulillah .. dengan bantuan pihak JKM, hari ini kami telah telah berjaya mendapatkan perintah hak penjagaan sepenuhnya utk si ibu dari mahkamah yang mulia ini…

Sumber; Natipah Abu via islamikmedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*