Setelah Lama Diamkan Diri, Akhirnya Shuk Tampil Dengan Kata Kata Demi Keluarga Beliau

Sebelum ini episod perg.olakan rumah tangga Shuk Sahar kembali panas apabila isterinya dipercayai mende.dahkan Shuk kembali bermain kayu tiga.

Menerusi beberapa posting dimuat naik di Intagramnya, isteri Shuk, Rossalennah Natassyiah Asshaferah mendedahkan suaminya itu masih menjalinkan hubungan dengan wanita sama yakni Fara.

Jelas Rossa lagi, dia juga bertindak menerjah ke rumah Fara untuk meminta suaminya pulang ke rumah, namun terpaksa beredar dengan hampa.

Terdahulu, Shuk sebelum ini pernah dikaitkan dengan Fara sekitar Julai tahun lalu.

Walaubagaimanapun, ketika itu perlakuan c.urang Shuk sudah diketahui oleh isterinya dan Rossalennah dikatakan pernah berbincang secara baik dengan Fara.

Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Selepas berdiam diri hampir beberapa hari susulan kess kec urangan dengan wanita lain didedahkan isteri di Instagram, penyampai radio Hot fm, Shuk Sahar, 34 telah membuat satu posting terbaru di media sosialnya sebentar tadi.

Menerusi video tersebut, dia telah datang bertemu dengan anak-anaknya yang berlari mendapatkan pelawak tersebut kerana terlihat merindui sosok ayah mereka.

Dalam kapsyen yang disertakan oleh Shuk, dia mengakui segala salah dan silapnya terhadap keluarga. Dia juga sedar bahawa memang sukar untuk menjernihkan kembali apa yang telah terjadi selama ini.

Walau bagaimanapun, selebriti tersebut memaklumkan yang dia sanggup demi kembali mendapatkan keluarga dan kebahagiannya semula.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen di ruangan Instagram Shuk dengan pelbagai maklum balas.

Kebanyakkan daripada mereka meninggalkan nasihat buat pelawak tersebut supaya berubah dan memikirkan anak-anak yang masih kecil serta meninggalkan segala perkara yang mengg.oyangkan keharmonian rumah tangganya.

Kredit : Gempak/IGShuk/OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.