SPRM beku 750 akaun bernilai RM75 juta, sita 24 kereta mewah milik ahli sindiket Macau Scamm termasuk akaun selebriti

Perkembangan terkini mengenai kes sindiket Macau Scamm dan perjudian yang menggunakan populariti artis untuk menjalankan kegiatan ‘mencuci’ duit haram.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membeku sebanyak 750 akaun milik seorang ahli sindiket Macau Scamm dan Perjudian yang membabitkan nilai RM75 juta.

Selain itu, SPRM turut menyita rumah dan 24 kereta mewah milik lapan individu yang ditahan baru-baru ini di mana lima daripadanya adalah milik seorang lelaki bergelar datuk.

“750 akaun milik ahli perniagaan yang terbabit dalam sindiket itu termasuk akaun selebriti disita susulan siasatan SPRM akaun itu terbabit dalam pengubahan wang haram,” katanya memetik laporan dari Harian Metro (5/10/2020).

Difahamkan, sindiket itu memperdaya dan mempergunakan populariti artis untuk menjalankan kegiatan ‘mencuci’ duit haram melalui pelbagai usaha sama dan perniagaan sah.

Malah, mereka juga memerangkap segelintir artis tempatan dengan menawarkan bantuan modal untuk memulakan perniagaan.

Sindiket itu menganggap, dengan menggunakan kaedah itu dapat mengaburi mata pihak berkuasa selain membolehkan keuntungan diperoleh hasil kerjasama pelbagai bentuk pelaburan yang disertai bersama.

Namun kegiatan mereka berjaya dikesan oleh Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM, hasil risikan dan siasatan dijalankan sebelum lima individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk dan Datuk Seri ditahan. Tiga lagi individu juga ditahan untuk membantu siasatan.

‘Buat benda tak elok, kejap je tuhan tunjuk’ – Netizen gesa kekayaan scamm er ni dikembalikan kepada mngsa

Beberapa hari yang lalu, media melaporkan pelawak Shuib Sepahtu telah dipanggil untuk hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya untuk membantu siasatan berhubung kes pengubahan wang haram.

Kes itu juga membawa kepada penahanan beberapa individu termasuk selebriti dan individu berpangkat ‘Datuk’ kerana disyaki terbabit dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang itu.

Siaran berita itu membawa kepada pendedahan yang lebih terperinci apabila ada beberapa pihak yang tampil mendakwa kes itu sebenarnya berkaitan dengan sindiket Macau Scam yang kerap berlaku di negara ini.

MACAU SCAMM? MENDE MACAU SCAMM? TEMBAKAU BARU KE? 

Macau Scamm merupakan satu sindiket penipuan telekomunikasi yang memperdayakan mangsa dengan panggilan palsu sehingga menyebabkan mngsa dari pelbagai peringkat umur mengalami kerugian berjuta ringgit.

Sindiket itu beroperasi dengan cara menyamar sebagai pegawai polis, anggota agensi kerajaan, pegawai bank dan banyak lagi yang didalangi oleh China.

Sebagai contoh, mngsa menerima panggilan telefon daripada individu yang mengaku dirinya sebagai pegawai mahkamah dan mendakwa mngsa terbabit dalam kegiatan haram seperti pengedaran ddh. Mngsa kemudian diminta untuk memindahkan wang dari akaunnya ke dalam akaun tertentu bagi mengelakkan akaun mngsa dibekukan oleh pihak berkuasa.

SHUIB DIPANGGIL KE SPRM PUTRAJAYA

1 Oktober 2020, Shuib Sepahtu atau nama sebenar Shahmira Muhamad, 36, dipanggil ke SPRM Putrajaya untuk membantu siasatan berhubung kes pengubahan wang haram. Keesokan harinya, isteri Shuib iaitu Siti Sarah memaklumkan suaminya dipanggil hanya untuk memberi kerjasama dan enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana enggan mengganggu siasatan SPRM.

MEDIA MULA BERKAMPUNG DI MAHKAMAH

Sejak daripada itu, media mula mengikuti perkembangan kes tersebut di mana laporan awal menyatakan seramai lima individu termasuk dua orang yang bergelar Datuk Seri dan Datuk ditahan kerana disyaki terbabit dalam sindiket Macau Scamm.

 

Sumber Berita Harian mendedahkan, dalang utama sindiket itu dipercayai rakyat China yang menggunakan ‘ejennya’ di Malaysia untuk menguruskan ‘pelaburan’ termasuk mencari perniagaan berpotensi sebagai platform ‘membersihkan’ wang hasil penipuan.

Laporan Kosmo pada 2 Oktober, Datuk Seri dan isterinya dikatakan kerap menganjurkan parti bersama beberapa selebriti popular dan tanpa segan silu mempamerkan kehidupan mewah di media sosial.

Selain itu, individu yang sama dipercayai tauke judi orang dan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram. Hasil kegiatan itu kemudian ‘dicuci’ dengan menjalankan perniagaan vape yang diusahakan seorang selebriti.

SPRM bagaimanapun sehingga kini masih belum mendedahkan sebarang kenyataan kepada media.

LEBIH BANYAK PERKARA BERKAITAN DIBONGKAR

Susulan laporan itu, beberapa pihak mula tampil mendedahkan satu persatu aktiviti pasangan terbabit.

Pengacara TV, Iesya Toh, melalui Instagramnya memuat naik kenyataan berikut:

https://www.instagram.com/p/CF1zKX_llCZ/?igshid=1ktoe4yw7bhya

 

 

 

https://www.instagram.com/p/CF6HLublNer/?igshid=1trrez21hnlle

https://www.instagram.com/p/CF8pJIKlKca/?igshid=17m6zykkq83sv

 

 

Sehingga kini, netizen masih menunggu perkembangan selanjutnya mengenai kes ini.

Sumber: Harian Metro