Suami lemas ketika redah air banjir, tinggalkan isteri sedang berpantang

PASIR PUTEH – Seorang sukarelawan yang melakukan rondaan banjir di Kampung Tasek, Gong Kala, di sini, petang hari ini dikejutkan dengan penemuan m4yat lelaki dipercayai lem4s.

Tengku Mohd Harith Tengku Azis, 39, berkata, sekitar 4.15 petang itu, dia melakukan rondaan banjir di kawasan berkenaan selepas membantu pasukan keselamatan memindahkan mngsa banjir di daerah itu.

Katanya, sebaik tiba di situ, dia terlihat topi keledar terapung di kawasan banjir dan seorang lelaki berusia 20-an cuba mengambil topi keledar berkenaan.

“Lelaki itu beritahu saya, topi keledar berkenaan berat untuk diangkat, saya cuba membantunya dan ternampak bahagian motosikal.

“Apabila diangkat motosikal, muncul myat dengan masih memakai topi keledar itu dalam keadaan keadaan tertiarap,” katanya ketika dihubungi.

Tengku Harith yang juga Pengerusi Amalteam Kelantan berkata, dia yang terkejut dengan penemuan itu menghubungi Balai Polis Bukit Yong.

Menurutnya, mngsa dikenal pasti sebagai Mohd Fahmie Abdullah@Mahmud, 33, dari Kampung Gong Depu, Pasir Puteh.

Katanya, hasil pertemuan dengan keluarga mngsa, mereka memaklumkan mngsa tidak pulang ke rumah sejak malam kelmarin.

Difahamkan, mngsa menggal seorang isteri yang masih dalam pantang selepas malahirkan anak kedua.

“Sebagai badan bukan kerajaan (NGO) saya turut membantu menguruskan jenzah arwh secara percuma yang mana bantuan ini sebahagian program amal kami,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri mengesahkan kejadian itu dan siastan awal dipercayai mngsa melintasi kawasan banjir untuk pulang ke rumah semalam, namun lem4s di kawasan berkenaan.

“Pemeriksaan awal ke atas tubuh badan mngsa tidak menjumpai sebarang unsur jnayah.

“May4t mngsa dihantar ke Hospital Tengku Anis dan disahkan menggal dunia dan kami masih meneruskan siasatan,” katanya.