Suami Tak Mampu Beli Susu Dan Pampers Anak, Stok Beras Pula Dah Habis. Tiba-Tiba Ada Guru Datang Ketuk Pintu

4 tahun dah tinggal di sini, namun masih tak mampu beli peti ais dan mesin basuh. Dua peralatan boleh dikatakan wajib untuk setiap keluarga.

Dulu, si suami ni pernah terjebak dengan d4dah sint3tik. lce atau dikenali sebagai sy4bu /batu. Bila h1sap d4dah ni, confirm ekonomi tunggang langgang, kerja akan ada masalah. Confirm!

Akhirnya seru itu tiba. Dia nekad berhenti dan mula bekerja. Namun bermula balik dari bawah tanpa sokongan memang payah.

Anak keempat pula lahir. Persiapan anak tidak boleh disediakan. Susu, pampers anak ketiga pun tak mampu beli. Stok beras kekosongan, maka datang mencari aku.

Awalnya aku bagi set barang dapur sahaja. Masa tu aku nasihat agar berhenti sungguh-sungguh. Tinggalkan perangai lama yang mer0sakkan diri dan keluarga.

Dan aku pantau dari kejauhan. Aku lihat dia boleh kerja elok, setiap hari pergi kerja. Tidak lagi meminta bantuan bekalan makanan dan susu anak.

Ketuk pintu hantar satu peti sejuk

Setelah aku puas hati dengan perkembangan dia, hari ini tanpa dia minta, aku mengetuk pintu rumah menghantar satu peti sejuk untuk kegunaan mereka.

Punya la seronok mereka. Tak pernah ada peti sejuk tiba-tiba tanpa diminta orang bagi percuma.

Aku pesan betul-betul,

“Jaga soIat. Nanti kehidupan akan lebih tenang dan mudah. Cikgu akan pantau kau dari masa ke semasa.

Berubah betul-betul. Tinggalkan semua dah perangai lama. Jika cikgu yakin kau dah benar berubah, InsyaAllah nanti cikgu akan bagi mesin basuh pula.

Yang penting, cikgu nak tengok usaha kau sara anak isteri. Nak tengok kau kerja betul-betul, nak tengok kau tinggalkan semua benda yang merosakkan diri kau”.

“Baik cikgu, baik. Saya memang dah berubah. Terima kasih banyak cikgu bantu saya,” balasnya sedikit sebak.

Erat dia genggam tangan aku masa kami nak berpisah.

Kawan-kawan. Semua orang buat kesilapan. Dan bila orang itu benar-benar hendak berubah, bantulah. Mereka perlukan bantuan, bukan pula pulaukan.

Sementara itu, selepas kisah ini tular, cikgu Fadli mendedahkan ramai yang berkongsi mslah serupa terutama dari golongan isteri yang menceritakan suami mereka terjeb4k dengan penag1han d4dah.

Justeru dalam satu perkongsian berasingan, cikgu Fadli telah berkongsi sedikit tips untuk menghentikan ketag1han d4dah.

Menurutnya tips ini dikongsi oleh kawan beliau yang lebih 20 tahun menag1h dad4h jenis sy4bu dan pil kvda.

1) Buang semua peralatan menag1h. Lighter, bong, kaca, foiI, dapur h1sap d4dah dan sebagainya.

2) Tanam tekad dalam diri betul-betul nak berubah. Buat soIat sunat taubat. Taubat nasuha sungguh-sungguh.

3) Tukar nombor telefon. Ia penting agar kawan-kawan lama yang masih menag1h tak dapat hubungi kita. Hanya bagi nombor kepada orang terdekat yang dorong kita untuk berubah sahaja.

4) Tinggalkan semua kawan-kawan lama yang masih menag1h.

5) Cari hobi baru. Penting hobi untuk alihkan ketag1han. Hobi pula lebih baik jenis yang boleh dilakukan di rumah.

6) Jangan keluar lepak dan mengeteh. Habis kerja terus balik rumah.

7) Diawalnya, masa ketag1han masih kuat, banyakkan mandi. Asal gian, pergi mandi air sejuk biar ketar.

8) Bila terasa teringat, rasa ketag1h, rasa ‘rindu’ pada d4dah, alih cepat-cepat fikiran dengan perkara lain. Mengaji ke, ajar anak membaca ke, layan isteri borak ke. Alih tumpuan kita.

9) Sentiasa baca perkongsian positif. Cari circle dan kawan-kawan baru yang clean.

10) Jaga soIat. Ini tiang utama untuk hentikan ketag1han. Pastikan soIat tidak tinggal dan pastikan soIat itu sempurna, bukan asal soIat sahaja.

11) SoIat berjemaah. SoIat yang banyak cacat cela ni akan buat kita tak kuat iman dan rohani. SoIat hanya sekadar, takkan mampu mengubah apa-apa. Jadi soIatlah berjemaah, kerana kekurangan soIat makmum akan ditanggung imam.

Ingin bersama kami membantu setiap projek amal yang kami jalankan? Ini maklumat akaun ya :

Nombor akaun : 564221646925
Bank : Maybank
Nama akaun : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita
Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.

Sumber:Fb cikgu Mohd Fadli Salleh