Sugu Pavithra berjumpa PM, tapi soalan “simple” PM dia tak dapat jawab dengan lancar

Sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah  melancarkan sambutan ulang tahun ke-50 Rukun Negara, iaitu satu prinsip yang menjadi asas identiti diri dan penyatuan rakyat Malaysia selama ini.

Dikesempatan itu, beliau sempat bertemu dengan YouTuber masakan terkenal berbangsa India iaitu Sugu Pavithra yang tular sejak beberapa bulan lepas.

Sugu Pavithra bertemu Tan Sri Muhyiddin

Jika sebelum ini Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya bersidang video sahaja dengan pasangan suami isteri itu, kali ini mereka telah bersua muka dan gambar tersebut dimuat naik ke akaun rasmi Perdana Menteri.

Pavithra  yang cantik memakai sut Punjabi hijau dan Sugu dengan pakaian serba hitam dilihat begitu bersemangat ketika membaca rukun negara yang dibaca oleh Perdana Menteri di sambutan 50 tahun Rukun Negara di Putrajaya.

Gugup sangat jumpa PM

Dalam pertemuan tersebut, Perdana Menteri telah menyapa Pavithra dengan bertanya sama ada dia memasak atau tidak hari ini.

Menerusi Bernama, Pavithra mengakui sangat gugup dan hanya mampu menjawab “ah, ah yes…” sahaja ketika ditanya ada makanankah yang boleh dimakan ketika itu.

Terdahulu, pasangan suami isteri ini tular di media sosial selepas video masakan yang dimuat naik dengan bertutur dalam bahasa Melayu mendapat perhatian warganet sehinggakan Perdana Menteri turut menyebut nama mereka ketika perutusan PKP sebelum ini.

Lebih menggembirakan, Sugu Pavithra turut mendapat hadiah daripada PM dan sempat bersidang video bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sumber:Muhyiddin Yassin, Bernama