Sumber Dedahkn Muhyiddin Tunggu Calon TPM Dari Umno, Tapi Enggan Terima Zahid Dan Ini Sebabnya

Majlis Tertinggi UMN0 yang bersidang secara tergempar malam semalam telah mencuri perhatian pemerhati politik dan juga orang ramai.

Difahamkan ia susulan kepada tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang gagal memohon pengisytiharan darurat daripada Agong.

Ia seterusnya menimbulkan tanda tanya berhubung sokongan UMN0 terhadap kerajaan PN.

Malah Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan antara yang dibincangkan adalah persoalan isu sama ada Muhyiddin perlu meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun hasil dari mesyuarat MT UMN0 tersebut, mereka telah memutuskan untuk terus menyokong kerajaan PN dan menolak kerjasama dengan PKR dan D4P.

Muhyiddin tunggu calon TPM dari UMN0

Terbaru, Muhyiddin Yassin didakwa sedang menunggu UMN0 mencalonkan pemimpin parti itu yang dianggap boleh diterima untuk dilantik sebagai timbalan perdana menteri, lapor sebuah laporan media hari ini.

Memetik sumber yang tidak didedahkan, Sin Chew Daily mendakwa presiden Bersatu itu bersedia melantik seorang wakil UMN0 ke jawatan berkenaan dan terserah kepada parti terbabit mengemukakan calon.

Bagaimanapun kata sumber berkenaan Muhyiddin tidak dapat menerima Presiden UMN0, Ahmad Zahid Hamidi, sebagai timbalannya kerana ahli parlimen Bagan Datuk itu masih dibicarakan di mahkamah.

” Tan Sri (Muhyiddin) boleh terima Timbalan Presiden UMN0, Mohamad Hasan; Naib Presiden UMN0 Ismail Sabri Yaakob atau Hishammuddin Hussein yang kini tiada sebarang jawatan dalam parti.

” Sekarang (Muhyiddin) cuma menunggu cadangan UMN0, tapi jika mereka bertegas mahukan Zahid, maaflah,” katanya.

Untuk rekod Hishammuddin ialah bekas naib presiden UMN0.

Selepas dilantik menjadi perdana menteri pada Mac lalu, Muhyiddin tidak melantik timbalan perdana menteri seperti biasa yang dilakukan pemimpin terdahulu.

Sebaliknya dia melantik empat menteri kanan. Daripada jumlah itu dua adalah dari Bersatu, seorang UMN0 dan seorang lagi Gabungan Parti Sarawak.

Menurut laporan itu lagi, seorang sumber dari UMN0 mendakwa parti berkenaan diminta membentuk sebuah jawatankuasa rundingan bagi membincangkan terma baru kerjasama mereka dengan Bersatu, termasuk pelantikan timbalan perdana menteri dan jawatan lain.

Jika Muhyiddin gagal memuaskan hati UMN0, kata sumber-sumber, mereka akan mendesak agar pilihan raya umum (PRU) diadakan sebaik saja ancaman Covid-19 berkurangan.

Katanya pertemuan Majlis Tertinggi UMN0 semalam turut membincangkan kemungkinan menyegerakan PRU.

” Tapi ini bergantung kepada langkah lanjut Muhyiddin, termasuk jika dia mengemukakan tawaran baru kepada UMN0 seperti pelantikan timbalan perdana menteri, usaha menangani Covid-19 dan memulihkan ekonomi,” kata sumber yang hadir dalam pertemuan semalam.

Malaysiakini belum dapat mengesahkan kesahihan laporan berkenaan.

Sumber:maIaysiakini