“Susu 70Sen, Kicap 90Sen” Neelofa Komen Bila Ebit Lew Jual Harga Tak Masuk Akal

Impian pend@kwah bebas, Ustaz Ebit Lew untuk membuka beberapa buah pasar raya bagi membantu golongan yang memerlukan mendapatkan barangan keperluan kini sedang memasuki fasa akhir.

Berkongsi di laman Instagram, Ustaz Ebit memberi tahu, pasar raya yang diberi nama Elewsmart bakal memulakan operasinya di Bandar Baru Bangi bermula 18 Julai 2020 manakala di Kajang pula pada 19 Julai 2020.

https://www.instagram.com/p/CCfmpJMFjkn/?igshid=1arg03mfzfvg9

“Pohon doakan yer @elewsmart letak harga paling murah untuk semua dan sekarang nak bagi promosi untuk hari Grand Opening di setiap cawangan.

“Bandar Baru Bangi dibuka Sabtu depan 18Julai dan Ahad 19 Julai di Kajang. 8 Cawangan lain minggu seterusnya berturut-turut-ebitlew,” tulisnya.

Tambahnya lagi, pasar raya tersebut bakal mengenakan promosi ‘tak masuk akal’ bersempena dengan pelancaran tersebut.

Pada hari tersebut, harga bagi satu pek mee segera hanyalah sekitar 90 sen manakala harga bagi setin susu pula hanyalah 70 sen.

Perkara tersebut nyata mengejutkan ramai pihak termasuklah pengacara popular Neelofa yang turut berkongsi reaksi di laman Twitter miliknya.

“Masyaallah, murah betul. Semoga usaha Ustaz Ebit Lew sentiasa dipermudahkan,’ tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa buat usaha murni Ustaz Ebit itu selain turut mencadangkan supaya keutamaan diberikan kepada mereka yang amat memerlukan.

Difahamkan, Ustaz Ebit bakal membuka lapan lagi buah cawangan pasar rayanya itu dalam masa yang terdekat.

Sumber: Instagram Ustaz Ebit Lew

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:MH