Tak Masuk Mengajar Selama 7 Bulan, Pelajar Nekad Fail Saman Guru Sendiri. Sekali Kantoi Guru Itu Adalah..

Terkini, kes seorang pelajar yang menyaman guru bahasa Inggerisnya atas dakwaan tidak masuk kelas selama tujuh bulan akan didengar pada 2 Nov ini.

Pelajar terbabit, Nafirah Siman, yang sudah berumur 20 tahun kini memfailkan tindakan undang-undang itu ke atas gurunya Jainal Jamran, pada Oktober 2018 lalu.

Difahamkan kes terbabit sepatutnya dibicarakan pada Mei lalu namun terpaksa ditunda ekoran wabak COVlD-19.

Dalam samannya, pelajar itu mendakwa Jainal tidak hadir untuk mengajar subjek Bahasa Inggeris di kelasnya pada tahun 2015.

Pada ketika itu, Nafirah berada di Tingkatan 4 dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi, Kota Belud, Sabah.

Kenyataan dari wakilnya berkata, Nafirah mahukan kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu. Defendan yang tidak dinamakan hanya sekolah itu.

Selain Jainal, defendan lain yang turut dinamakan adalah guru besar sekolah pada ketika itu, pegawai pendidikan daerah Kota Belud, ketua pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Kementerian Pendidikan dan kerajaan.

Pihak pembelaan Nafirah juga berjaya untuk memohon mendapatkan keterangan lebih lanjut kerana apa yang diterima mereka tidak diserahkan oleh defendan secara sukarela.

Dalam satu kenyataan pada Disember 2018 lalu, defendan menafikan dakwaan Nafirah yang berkata Jainal tidak hadir ke kelasnya.

Kenyataan dari represantasi Nafirah juga berkata kes melibatkan guru tidak bertanggungjawab terus meningkat di Kota Belud.

Kenyataan itu merujuk kes seorang guru sekolah rendah di Kota Belud yang dipnjarakan selama 11 tahun dan 2 sebatan kerana menc4bul dua murid, berumur 8 dan 15 tahun.

Kenyataan itu juga menambah, terdapat laporan yang dipetik Pengarah Pendidikan Sabah berkata bahawa terdapat lapan kes guru besar sekolah di Sabah juga tidak hadir.

Kantoi rupanya guru terbabit adalah guru disiplin..

Dikatakan sehingga 7 bulan ketidakhadiran, Jainal Jamran masih lagi menerima gaji penuh sebagai sorang guru yang bertugas.

Bukan sekadar itu, guru terbabit difahamkan memegang jawatan sebagai Guru Disiplin di sekolahnya.

Terdahulu Nafirah Siman, yang ketika itu berusia 18 tahun memfailkan saman itu terhadap Jainal Jamran yang didakwa tidak masuk kelas dalam tempoh berkenaan pada 2015, ketika dia berada di Tingkatan Empat.

Saman itu difailkan menerusi tetuan Roxana & Co pada 16 Oktober lalu dan dia turut menamakan pengetua, Suid Hanapi; Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Kementerian Pendidikan dan kerajaan sebagai defendan.

Dalam samannya, Nafirah mendakwa Jainal tidak hadir mengajar dari Februari hingga Oktober 2015, kecuali pada satu minggu ketika pegawai dari Kementerian Pendidikan melawat sekolah terbabit.

Dia mendakwa, walaupun beberapa aduan dibuat, tiada tindakan diambil.

Nafirah juga mendakwa pengetua menutup kes itu dengan memalsukan kedatangan yang hanya menunjukkan Jainal tidak hadir hanya dua bulan.

Nafirah menuntut pengisytiharan bahawa semua defendan melanggar tugas statutori di bawah Akta Pendidikan dan mencabul hak perlembagaannya bagi mendapatkan pendidikan.

Dia juga menuntut pengisytiharan bahawa berlaku pelanggaran tugas dan misfeasans di pejabat kerajaan sambil menuntut ganti rugi dan kos.