‘Tak Pasal Kena Kutip’ – Polis Cari Individu Rosakkan Barang Dengan Sengaja

Semalam viral di laman Twitter perlakuan biadap seorang lelaki merosakkan makanan di kedai 24 jam, FamilyMart. Di dalam video berdurasi 1:10 minit itu, lelaki tersebut dengan sengaja melenyekkan makanan serta minum minuman yang belum dibayar.

Walaubagaimanapun, dia dan rakan-rakan mempertahankan diri mendakwa barang yang ‘dirosakkan’ sudah dibayar.

Menerusi Harian Metro, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar memaklumkan sudah menerima laporan dan kini sedang memburu individu viral tersebut.

Pengadu melihat video tular di media sosial yang didakwa berlaku di premisnya lalu membuat semakan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV)

Pengadu mendapati lelaki terbabit merosakkan barang makanan dan minuman dengan sengaja menyebabkan beliau mengalami kerugian RM30.

Tambah Marzukee lagi, pengurus premis hadir ke balai polis kira-kira jam 11.20 malam melaporkan kejadian dan menganggarkan kerugian RM30.

Berikutan itu, polis kini sedang giat mencari suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Berikut Merupakan pengakuan dari pelaku yang mengatakan dia sebenarnya telah membayar barangan berkenaan.

 

Tak pasal kena kutip.

Sumber: ohbulan

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.