“Tak Payah Nak Botakkan Kepala”- TMJ Perli Syed Saddiq?

Di laman Twitter ketika ini hangat memperkatakan mengenai status laman Insta Story yang dimuatnaik oleh Tengku Mahkota Johor,Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim.

Perli Syed Saddiq?

Dalam status tersebut yang turut berkongsi sebuah foto cek pemberian baginda,  Tunku Ismail atau lebih dikenali sebagai TMJ dikatakan seolah-olah memerli Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas ahli parlimen Muar itu bernazar ingin membotakkan kepalanya jika berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM200,000.

Berhenti Gunakan Penduduk Muar 

Menerusi kenyataan itu, TMJ berharap individu yang dimaksudkannya itu tidak lagi menggunakan penduduk Muar untuk kepentingan peribadi selain menghentikan penipuan termasuklah membatalkan niat untuk botakkan kepala.

Terdahulu, Syed Saddiq menyatakan kempen tersebut adalah untuk mengutip dana bagi membeli sebuah komputer riba buat 100 orang pelajar dalam kawasan parlimen beliau. Bekas Menteri Belia dan Sukan itu telah melancarkan kempen #1keluarga1laptop tersebut dengan matlamat setiap keluarga di Parlimen Muar akan memiliki sebuah komputer riba untuk kegunaan anak-anak mereka.

SYED SADDIQ CURI IDEA TMJ

Ops Johor terbaca dalam satu posting di Facebook Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Muar menyatakan bahawa Projek Hub Anak Muda Muar diluluskan pada 2018 akan diteruskan.

Tak sudah-sudah si celaka ni nak mengencing ek? Untuk makluman korang, sebenarnya Syed Saddiq ni dah curi idea TMJ dan lepas tu claim itu idea dia. Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) ini diilhamkan sendiri oleh TMJ untuk anak-anak muda Johor sejak dari tahun 2017 lagi.

Perancangannya bukan hanya di daerah Muar malah untuk semua daerah dalam negeri Johor.

Apa je yang boleh kita harapkan pada Ahli Parlimen Muar ni? Kalau betul dia mahu membela nasib anak muda Muar sepertimana yang dia janjikan masa PRU13 dulu, sudah pasti hub orang muda yang dicanangkan dulu siap beroperasi semasa zaman pentadbiran Pakatan Harapan. Padahal ketika itu dia juga merupakan Menteri Belia Dan Sukan.

Kalau tidak kerana sentuhan inspirasi TMJ ini, memang kemudahan ini tidak akan wujud dan nasib anak-anak muda Johor sudah tentu tidak akan dibela

#OpsJohor

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : murai.my