“Tak Perlukan Ayah, Saya Harap Mama Tak Bertemu Jod0h Lain” Cik B

Tidak melihat figura bapa sebagai individu yang diperlukan dalam kehidupannya kini, anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida iaitu Cik B berkata dia tidak rasa cemburu meskipun tidak mempunyai ayah.

Ujarnya, selama ini ibunya bersendirian yang berperanan sebagai bapa dan juga ketua keluarga sepanjang tempoh dia membesar. Katanya lagi, dia lebih selesa tiada bapa kerana boleh bermanja dengan ibunya.

“Saya tak rasa pun tak ada ayah ni membuatkan saya cemburu dengan orang lain. Saya rasa lebih bagus tak ada ayah, saya boleh tidur dengan mama, boleh manja-manja dengan mama.

“Saya lebih selesa kalau tak ada ayah, sebabnya mama adalah mak, ayah, kakak dan kawan saya. Semua mama!” katanya kepada Gempak.

Meskipun pernah mempunyai dua bapa tiri sebelum ini, namun Cik B tidak menganggap mampu memberikan kebahgiaan dalam keluarganya. Malah, Cik B berharap ibunya tidak akan bertemu jodoh lain.

“Bila ada bapa tiri, saya dah rasa saya tak perlukan ayah. Saya tak boleh tidur dengan mama. Mama kurang bagi perhatian kepada saya dan lebihkan ayah tiri saya. Bercuti pun mereka berdua.

“Dengan usia mama sekarang, saaya harap mama tidak bertemu jodoh lain. Teman hidup mama adalah saya. Tambah pula berdasarkan pengalaman sebelum ini, mama dah lalu macam-macam. Full stoplah!” katanya.

DSV sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Fairuz Ahmad Zainuddin selama tiga tahun namun bercerai pada April 2017. Vida juga pernah dua kali berkahwin sebelum itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami

Sumber: rotikaya

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.