Tak Sampai Seminit Buka Face Mask, Mustaqim Bahadon Didend4 RM1,000

Gara-gara tindakannya menanggalkan pelitup muka di tempat awam, pelakon Mustaqim Bahadon dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 atas kesalahan melangg4r prosuder operasi standard (SOP) Ahad lalu.

Menurutnya, ketika kejadian dia bersendirian di kawasan parkir motosikal di hadapan kedai gunting rambut miliknya di Wangsa Maju untuk mengh1sap rok0k elektr0nik. Namun, tak sampai seminit dia didatangi oleh pihak berkuasa.

“Tak sampai seminit, saya disapa oleh pihak berkuasa dan mereka nyatakan saya langg4r SOP kerana tak pakai mask, terus mereka beri kompaun. Dah kena denda RM1,000.

“Semaa itu saya seorang diri, tiada siapa bersama saya. Ingatkan boleh tangg4l sekejap tapi rupa-rupanya itu satu kesalahan,” katanya.

Menerima dengan hati yang terbuka, Mustaqim berkata dia mengakui kesilapannya kerana menganggalkan topeng muka serta tidak peka dengan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Saya minta maaf, saya mengaku salah sebab tanggalkan mask walaupun sekejap. Saya ambil mudah fikir benda itu tak ada apa, kita fikir dah jaga SOP dan tak kac4u orang tapi rupa-rupanya satu kesalahan.

“Saya tak salahkan pihak berkuasa sebab memang salah saya sendiri. Selama ini saya memang ikut SOP, mask tak pernah tinggal cuma semasa kejadian nasib tak baik. Tangg4l kejap sebab nak h1sap vape, tapi apa saya buat itu salah di kawasan awam,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami

Sumber: mstar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.