“Takda Job Ke Sampai Jual Pisang?”- Saharul Ridzwan Kecewa

“Dah masuk 2021. Apa masih ada ke pemikiran macam ni? Tak apalah.”

Aktor, Saharul Ridzwan kesal dengan pemikiran segelintir individu yang memandang rendah kepadanya. Ianya berlaku apabila ada

individu menghantar mesej kepadanya di Instagram, lalu memperkecilkan dirinya yang menjual pisang.

Ayat-ayat yang diutarakan juga menusuk hati diikuti emoji ketawa.

Foto :IG

Dengan memuat naik tangkap layar mesej dengan individu tersebut, Saharul menjelaskan dia tidak perlu malu kerana ianya rezeki halal. Dia juga sempat meminta individu tidak dikenali itu mendoakan agar dia dapat memakai kereta mewah seperti individu tersebut.

Bagi Saharul sendiri, asalkan ada sahaja lubuk yang boleh mendatangkan duit, tiada masalah baginya kerana ia adalah rezeki halal.

“Asal barang jadi rezeki, rezeki halal. Kita usaha ke arah itu.”

Foto : IG

Di ruangan komen, Saharul menerima banyak sokongan moral daripada peminat yang meminta dia tidak mempedulikan kata-kata negatif, sebaliknya terus memandang ke hadapan bagi masa hadapan.

Hai, macam-macam netizen ni, artis berniaga tu normallah, ada masalah ke? – CARI

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!