Tamak Betul- CCTV Rekod Satu Kereta “Sapu Bersih” Foodbank

PETALING JAYA – Tindakan sekumpulan individu dipercayai sebuah keluarga ‘menyapu’ hampir semua barangan ‘food bank’ yang diletakkan di sebuah stesen minyak mengundang kec4man orang ramai.

Aksi ‘tamak’ kumpulan tersebut berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) stesen minyak itu sebelum ia dimuat naik dan tular di laman Twitter milik @jnmalaysia.

Menerusi klip video berdurasi satu minit 37 saat itu, kelihatan sekumpulan individu menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna merah telah berhenti di stesen minyak berkenaan.

Kemudian, lima individu telah keluar dari kereta berkenaan sebelum ‘menyer4ng’ food bank yang diletakkan di stesen minyak itu sehingga hampir semua makanan ‘disapu’ mereka.

“Food bank ini untuk orang memerlukan sahaja, janganlah tamak ingat orang lain pun memerlukan juga.

“Kalau macam ni letak satu kontena pun habis barang,” ciap @jnmalaysia.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikh kejadian itu berlaku.

Sementara itu, rata-rata pengguna Twitter yang membalas ciapan tersebut meluahkan rasa kecewa dengan sikap yang ditunjukkan kumpulan terbabit dan mereka amat kesal dengan perbuatan mereka.

Entah berapa banyak food Bank agaknya yg depa sapu…

“Saya pun dah terkena minggu ni, niat nak tolong orang susah, tapi orang tu yang kenakan kita balik.“Menipu kata rumah lain-lain tetapi rumah sama dalam satu keluarga selepas selidik. Kesian pada yang betul-betul susah,”

Ssah nk tegur puak2 jnis ni.. x bg ngaku ssah.. bla bg mcm ni pnya prangai.. maaf ckp, pt la kna label mcm2..

Saya ada niat nak buat “foodbank”. tapi bila tgk ada yg mcm tu terus hilang semangat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : trendingsangat