“Tegas Boleh Tapi Jangan Kurang Ajar”- Mohon Rentas Daerah Kerana Kem4tian, Gadis Sentap Di Sindir Polis.

Berikutan pelaksanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 18 Februari akan datang.

Antara aktiviti yang masih dilarang adalah rentas daerah atau negeri.

Bagaimanapun, jika keadaan terlalu mendesak seperti ada kematian dan sebagainya, rakyat perlu memohon surat kebenaran daripada pihak polis.

Baru-baru ini, seorang gadis yang menggunakan nama @libertinebabe di Twitter.

Dia memaklumkan bahawa salah seorang insan tersayang dalam hidupnya baru sahaja menggal dunia.

Difahamkan lagi menerusi ciapannya itu, dia dan bapanya tinggal di daerah berlainan.

Jadi terpaksa meminta surat rentas daerah di balai polis sebelum boleh menziarahi jnzh.

Namun begitu, gadis itu meluahkan rasa kecewa dengan mendakwa anggota polis sempat lagi ‘menyindir’ dia dan bapanya ketika di balai polis.

“Biasalah nak raya Cina ni banyaklah alasan,” kata polis berkenaan seperti didakwa gadis tersebut.

Gadis itu menyifatkan polis berkenaan bersikap kurang ajar.

Walhal kem4tian insan tersayang bukan satu perkara yang boleh dijadikan bahan jenaka.

Siapa sahaja yang tak sakit hati kan, bila ada orang mempermainkan kem4tian insan terdekat. Memang tidak sensitif langsung!

Kem4tian bukan bahan lawak

Dia menegaskan bahawa anggota polis itu bertuah kerana bapanya merupakan seorang yang baik.

Dan tidak memperbesarkan isu tersebut pada pihak atasan.

Kalau tidak, ia mungkin menjadi hari terakhir anggota polis itu berkhidmat.

Kita tak minta, benda dah jadi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berasa marah dengan tindakan anggota polis terbabit.

Dan ramai juga yang berkongsi pengalaman sama saat berurusan dengan anggota polis bersikap sedemikian.

Lawak bodoh

“Betul ke mak meninggal atau memang niat nak balik kampung beraya?”

Kenapa makin ramai polis berperangai teruk?

Sebab itulah kita kena sentiasa jaga adab dalam setiap pertuturan kita…

Tambahan lagi, hal-hal melibatkan kematian. Jangan pernah dibuat main!

Sumber: Twitter @libertinebabe