“Tengah Membawang” – Caption Permaisuri Agong Tarik Perhatian Rakyat

Hari ini merupakan Hari Anggota Bomba Sedunia. Pada pagi tadi, majlis sambutan Hari Bomba Sedunia telah diadakan di Dataran merdeka dengan kehadiran DYMM Yang Di-Pertuan Agong serta Raja Permaisuri Agong.

Persembahan kebombaan dan kemahiran Pasukan Khas, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) mencuri tumpuan pada sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2019 di Dataran Merdeka, di sini, hari ini.

Turut diperagakan kepada lebih kira-kira 5,000 orang yang hadir dalam sambutan bermula pada jam 9 pagi itu, jentera dan aset Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menghadiri sambutan berkenaan.

Keberangkatan tiba baginda jam 9.05 pagi dengan diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, disambut dengan alunan lagu ‘Negaraku’.

Semenjak Sultan Abdullah dilantik menjadi Yang diPertuan Agong, kelibat mereka sering menjadi perhatian ramai yang ternyata menggemari sifat ramah dan berjiwa rakyat.

Rakyat tidak mengira bangsa sering memuji Sultan Abdullah dan Tunku Azizah yang beberapa kali tampil bersahaja bersama rakyat antaranya beratur membeli KFC dan makan di warung biasa, malah menjamu selera menggunakan tangan.

Agong dan Raja permaisuri mencemar duli

Hal ini dapat disaksikan menerusi Facebook Friend of Bomba Malaysia yang sempat merakamkan momen tersebut pada pagi tadi dan dimuat naik ke sosial media.

Pasti ada yang mencuit hati baginda berdua.

Reaksi spontan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong,Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah semasa menyaksikan acara perbarisan sempena Majlis Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2019 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Bertemakan ‘Bomba Tonggak Penyelamatan Negara’ acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Penguasa Bomba Luqman Ramli diikuti bacaan ikrar oleh Pengarah JBPM Pahang, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Norhisham Mohamad.

Tersenyum besar Agong kita ni

Namun begitu, menerusi lensa kamera portal akhbar tempatan, beberapa keping gambar ‘candid’ Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong telah berjaya dirakam. Hal tersebut telah dimuat naik ke Instagram rasmi Kosmo Online dan mendapat perhatian warganet.

Amboi membawang…

Selain daripada gambar-gambar yang diperoleh menerusi Kosmo Online, Raja Permaisuri Agong turut memuat naik gambar baginda bersama DYMM Agong beserta kapsyen mencuit hati di Twitter.

Acara diikuti gimik pelancaran sambutan menggunakan pesawat Agusta AW139 melintasi Padang Dataran Merdeka dengan menurunkan tiga anggota penyelamat wanita daripada helikopter menggunakan teknik ‘abseiling’ dan ‘winching’.

Seorang daripada anggota berkenaan, Penolong Penguasa Bomba Nor Amizah Abdul Ghaffar kemudian menyerahkan pis@u RT III kepada Mohamad Hamdan untuk dipersembahkan kepada baginda untuk diletakkan di atas peralatan khas sebagai simbolik perasmian.

Acara diteruskan dengan deklamasi sajak oleh Pegawai Bomba Mohd Fauzi Jamikah bertajuk ‘Pejuang Wira Merah’ seterusnya persembahan kebombaan oleh Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM).

Acara dimeriahkan lagi dengan perbarisan 35 kontinjen dan 79 unit jentera membabitkan pembabitan lebih 1,551 peserta.

Permaisuri Agong Luah Rasa Hiba Sambil Mengesat Air Mata

Beberapa hari menjelang Pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meluahkan kesedihan yang terbuku di hati baginda.

Menerusi rakaman video yang kemudian dimuat naik dalam Instagram pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim, @rizalman71, baginda kelihatan sebak sebaik diajukan soalan mengenai perasaan menjelang hari pertabalan 30 Julai ini.

Tunku Azizah Aminah Maimunah memberitahu, baginda sedih mengenangkan pemergian ayahandanya Almarhum Sultan Iskandar serta bondanya, Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah.

“Tengah Membawang” - Caption Permaisuri Agong Tarik Perhatian Rakyat

Paling menyedihkan apabila baginda bersama Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan duduk di singgahsana yang mana suatu ketika dahulu ia pernah diduduki Almarhum ayahanda dan bondanya ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Dalam video terbabit, Tunku Azizah Aminah Maimunah memberitahu;

“ Nampak tak I tengah menangis? Sedih ni.”

Apabila Rizalman bertanyakan mengapa baginda menangis, Tunku Azizah Aminah Maimunah menjawab, “Kerana ayahanda dah tiada, sedihlah. Hiba sungguh yalah mak bapak (bonda dan ayahanda) kita (baginda) takde (tiada).

“ Doakanlah saya dan Tuanku selamat, panjang umur, sihat walafiat dan dapat menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong sebaik-baiknya.

“ Dapat berkhidmat kepada rakyat,” katanya sambil mengesat air mata.

Suasana itu membuat beberapa rakan lain yang berada bersama baginda turut bersedih, malah ada yang dilihat mengesat air mata.

Daulat Tuanku!

Ternyata sifat humble baginda telah mendapat pujian rakyat jelata turutamanya di Instagram sumber. Mereka telah memuji keserasian pasangan diraja ini kerana begitu sportingwalaupun berkedudukan tinggi.

Rata-rata warganet telah menurunkan komen di ruangan Instagram Kosmo Online dan sempat mendoakan kesejateraan pemerintah tetinggi Malaysia ini.

“Tengah Membawang” - Caption Permaisuri Agong Tarik Perhatian Rakyat

Semoga menjadi contoh untuk rakyat

“Tengah Membawang” - Caption Permaisuri Agong Tarik Perhatian Rakyat

Rasa dekat je dengan rakyat

“Tengah Membawang” - Caption Permaisuri Agong Tarik Perhatian Rakyat

Steady je berdiri sampai habis perbarisan

“Tengah Membawang” - Caption Permaisuri Agong Tarik Perhatian Rakyat

Sumber dari Oh My Media dan Kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.