Terkini, BN Menang di Semenyih. Ini Jumlah Kiraan Undi Tidak Rasmi

Tak rasmi: BN menang PRK Semenyih

8.25pm – Berdasarkan kiraan Malaysiakini, calon BN menang PRK Semenyih.

Menurut kiraan kami, BN setakat ini mendapat 49.98 peratus undi, diikuti PH dengan 45.97 peratus, PSM (2.22 peratus) dan Kuan Chee Heng (1.82 peratus).

Berbaki satu lagi PDM Bandar Tasik Kesuma yang belum mengesahkan keputusannya, BN dijangka menang PRK ini.

Anggaran peratusan keluar mengundi pula pada kadar 73 peratus. Ia kadar tertinggi dalam enam PRK yang diadakan selepas 9 Mei.

BN mendahului lebih 1,500 undi

8.20pm – BN sekali lagi mendahului PH dengan lebih 1,500 undi.

Menurut keputusan tidak rasmi, BN kini meraih 18,854 undi manakala PH 17,350 undi.

Calon bebas Kuan Chee Heng mendapat 689 undi dan PSM dengan 838 undi.

Peratusan mengundi 73.3 peratus – SPR

8.15pm – Menurut SPR, kadar peratusan keluar mengundi bagi PRK Semenyih adalah sebanyak 73.3 peratus.

Laporan langsung

BN rampas 5 PDM dari PH

8.10pm – Menurut kiraan tidak rasmi, BN merampas sekurang-kurangnya lima pusat daerah mengundi (PDM) yang dimenangi PH pada PRU ke-14.

PDM tersebut ialah Bukit Mahkota, Kantan Permai, Bandar Rinching Seksyen 5-6, Penjara Kajang dan Beranang.

Kemenangan BN di Bukit Mahkota dan Kantan Permai sangat signifikan kerana PH menang dengan 52.45 peratus dan 54.71 peratus undi di dua PDM itu pada PRU lalu.

Ia menunjukkan ada peralihan sokongan besar di dua PDM majoriti Melayu itu.

PH rapatkan jurang

7.45pm – PH merapatkan jurang dengan BN namun masih ketinggalan lebih 600 undi.

Menurut keputusan tidak rasmi, BN kini mendahului dengan 17,067 undi manakala PH mendapat 16,457 undi.

Calon bebas Kuan Chee Heng mendapat 628 undi dan PSM dengan 782 undi.

Pengundi India masih sokong PH

7.40pm – Data daripada kiraan tidak rasmi menunjukkan sokongan pengundi bukan Melayu kekal bersama PH, walau menurun sedikit di kebanyakan pusat daerah mengundi (PDM) di mana mereka sebagai majoriti.

Misalnya di PDM Bandar Rinching Seksyen 1-4, yang mana 48.2 peratus adalah pengundi India, undi PH kekal pada kadar 59.5 peratus.

BN rampas pusat daerah mengundi dari PH

7.30pm – Terdapat 24 pusat daerah mengundi (PDM), termasuk pengundi awal, di DUN Semenyih.

Setakat ini, BN berjaya menang di dua PDM yang dimenangi PH pada PRU lalu, iaitu Penjara Kajang dan Beranang.

Menurut kiraan tidak rasmi, BN berpotensi menang di sebelas PDM manakala PH di empat PDM.

Uncle Kentang mengaku kalah

7.20pm – Calon Bebas Kuan Chee Heng, atau lebih dikenali dengan nama Uncle Kentang, mengaku kalah dalam PRK Semenyih.

Beliau menggesa penyokongnya agar kekal tenang dan tidak bersedih dengan perkara itu.

“Saya melihat kepada 50 hingga 100 undi (yang diterima). Jangan risaukan saya. Saya sedia kalah besar,” katanya lagi.

Sepanjang kempen, kata Kuan, beliau telah berjaya membentuk jaringan dengan golongan susah di DUN itu.

Melayu lebih ramai keluar mengundi

7.10pm – Berdasarkan kiraan tidak rasmi, kadar peratusan keluar mengundi orang Melayu lebih tinggi berbanding kaum-kaum lain.

Misalnya, kadar keluar mengundi bagi Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Rinching, Kuala Pajam dan Sesapan Batu Rembau – yang mana hampir semua pengundi terdiri daripada orang Melayu – adalah sebanyak 80 peratus.

Di ketiga-tiga PDM ini, undi yang didapatkan calon PH dianggarkan lebih kurang sama dengan keputusan PRU14 lalu tetapi undi yang diperolehi BN meningkat, mungkin disebabkan sokongan akar umbi PAS.

BN kini di depan

7pm – BN mendahului PH dengan kelebihan lebih 700 undi setakat ini.

Menurut kiraan tidak rasmi, BN setakat ini mendapat 9,349 undi manakala PH 8,638 undi.

PSM pula dengan 402 undi dan calon bebas Kuan Chee Heng 360 undi.

BN menang undi polis

6.23pm – Kiraan tidak rasmi undi awal – kebanyakannya oleh anggota polis – menunjukkan 75 peratus memilih BN manakala 23.5 peratus memilih Pakatan Harapan (PH).

Jangkaan keluar mengundi oleh pengundi awal adalah 62.25 peratus.

SPR siar kiraan undi secara langsung

6.10pm – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiarkan proses kiraan undi secara langsung di salah satu pusat mengundi.

Kakitangan SPR perlu menunjukkan setiap kertas undi kepada pemerhati.

Ini mungkin kali pertama proses ini disiarkan secara langsung.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana Rose

Sumber : malaysiakini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.