Terkini Ketua Polis Daerah Dan Pegawai Bukit Aman Ditahn SPRM

MALAYSIA:Suruhanjaya Pencegahan Rasvah Malaysia (SPRM) menahan beberapa pegawai kanan polis yang bertugas di Jabatan Siasatan Jnayah (JSJ) Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini.

Setakat ini, beberapa Ketua Polis Daerah (KPD) dan tiga pegawai dari Bahagian Siasatan Jenyah Daerah serta seorang pegawai Unit Perjvd1ian (D7) Bukit Aman, ditahan dan dipanggil untuk siasatan lanjut berhubung dakwaan melindungi aktiviti kegiatan perjud1ian dalam talian yang dikendalikan oleh kartel tempatan sehingga terbabit dalam pengubahan wang haram.

Sumber berkata, SPRM turut memanggil beberapa pegawai kanan dalam Jabatan Siasatan Jenyah (JSJ) untuk membantu siasatan serta rakaman percakapan.

“Setakat ini, tujuh pegawai kanan sudah ditahan dan dipanggil untuk siasatan lanjut berhubung kegiatan pengubahan wang haram hasil daripada aktiviti jud1i dalam talian.

“Pada masa ini, proses mengesan saki-baki yang lain bagi membantu siasatan masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, nama-nama sebahagian pegawai dan anggota ini diperoleh daripada siasatan awal terhadap seorang lelaki yang dipercayai mendalangi aktiviti jud1i dalam talian bersama orang kanannya bergelar Datuk.

Mereka ditahan pada Sabtu dan Ahad lalu hasil siasatan ke atas beberapa selebriti, personaliti terkenal dan usahawan yang menjalankan perniagaan dengan wang hasil daripada aktiviti jvdi dalam talian dan aktiviti penipuan Macau Scam.

Pada masa ini BH masih mendapatkan pengesahan serbuan dan tangkapan berkenaan daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki.

Semalam, Azam mengesahkan penahanan 20 individu berdasarkan siasatan ke atas kes pengubahan wang haram termasuk membabitkan lapan pegawai polis.

Beliau turut mengesahkan akan melakukan tangkapan lain ke atas mereka yang disyaki terbabit.

SEBELUM INI AKHBAR MELAPORKAN LEBIH 10 ORANG SUDAH DITAHAN SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasvuah Malaysia (SPRM) menahan 10 individu termasuk lapan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta merampas wang tunai RM100,000, berhubung siasatan kes kegiatan pengubahan wang haram hasil aktiviti judi1 dalam talian dan Macau Scam.

Empat pegawai kanan terbabit masing-masing seorang berpangkat Asisten Komisioner (ACP), Superintendan, Deputi Superintendan dan Asisten Superintendan serta dua anggota berpangkat Lans Koperal ditahan sejak petang semalam hingga tengah hari tadi, manakala empat lagi ditahan petang tadi.

Semua anggota terbabit bertugas di Bukit Aman dan Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Selangor.

Menurut sumber, pegawai berpangkat ACP itu bagaimanapun sudah dibebaskan selepas keterangannya direkodkan, namun seorang lagi pegawai berpangkat Superintendan direman semalam untuk membantu siasatan.

“Ketika proses tangkapan dilakukan, pihak SPRM turut merampas wang tunai RM100,000 dari kediaman seorang daripada pegawai yang ditahan.

“Setakat ini, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada mereka menerima ‘habuan’ lumayan daripada seorang lelaki berpangkat Datuk yang ditahan dan direman Sabtu lalu, bagi melindungi aktiviti jvdi dalam talian tempatan dan Macau Scam yang mensasarkan mangsa di China,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, pihak SPRM masih mengesan baki sebahagian lagi pegawai dan anggota polis yang bertugas di peringkat Bukit Aman, Kontinjen Selangor dan Kuala Lumpur serta beberapa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk membantu siasatan.

“Tindakan tangkapan dilakukan ini berdasarkan maklumat dan keterangan diperoleh daripada lapan suspek awal yang ditahan termasuk seorang lelaki bergelar Datuk yang menguruskan dan mengendalikan pembayaran bagi melindungi kegiatan jvdi dalam talian dan Macau Scam yang kemudian ‘mencuci wang’ berkenaan dengan melaburkannya dalam perniagaan membabitkan selebriti serta usahawan kosmetik,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan penahanan dua pegawai kanan daripada JSJ Bukit Aman yang dipercayai ada kaitan dengan pengubahan wang haram membabitkan selebriti tanah air.

“Kes kini disiasat SPRM dan mereka tidak memaklumkan maklumat terperinci mengenai penahanan itu, namun kami turut membuat siasatan dalaman mengenai perkara ini.

“Kita (PDRM) juga menerusi Pengarah Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Zamri Yahya akan membuat siasatan sejauh mana pembabitan pegawai dalam isu ini,” katanya.

Sebelum ini, SPRM membekukan 750 akaun dengan simpanan kira-kira RM75 juta hasil aktiviti pengubahan wang haram, termasuk membabitkan selebriti dan usahawan kosmetik.

SPRM juga turut menyita 24 kenderaan mewah dan motosikal berkuasa tinggi milik beberapa daripada individu ditahan.

BH sebelum ini memetik sumber SPRM berkata, suruhanjaya itu juga menyita kediaman mewah milik pasangan suami isteri yang ditahan Jumaat lalu dan seorang suspek lain yang ditahan bersama-sama mereka.

Dalam pendedahan sebelum ini, BH melaporkan, dalang utama sindiket berkenaan dipercayai rakyat China, tetapi menggunakan ejen di Malaysia untuk menguruskan ‘pelaburan’ termasuk mencari perniagaan berpotensi sebagai platform membersihkan wang hasil penipuan.

Ejen sindiket akan mendekati selebriti tanah air dan menyatakan minat melabur dalam perniagaan atau menyuntik modal untuk selebriti berkenaan memulakan perniagaan.

Susulan itu, seorang selebriti bersama isterinya yang juga seorang artis serta seorang usahawan kosmetik dipanggil oleh SPRM membantu siasatan berhubung pengubahan wang haram.

Difahamkan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejayaan dalam operasi itu esok.

sumber : kini.mysumber