Terkini!! Saat Yang Ditunggu Rakyat Akhirnya Terjawab!! ABAH Umum Satu Berita Gembira Untuk Rakyat Buat Ramai Tersenyum Lebar

KERAJAAN melanjutkan moratorium dan bantuan bank bersasar selama tiga bulan, khususnya untuk golongan yang benar-benar memerlukan dan masih terjejas akibat penularan pand3mik Cov-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keutamaan pemberian lanjutan itu akan diberi kepada individu yang kehilangan pekerjaan dan mereka yang terjejas pendapatan akibat penularan pand3mik Cov-19.

“Ramai yang mengharap agar moratorium ini dilanjutkan, oleh itu saya telah berbincang dengan Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Negara untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh sebahagian daripada saudara saudari yang masih memerlukan bantuan selepas tempoh moratorium berakhir hari ini.

“Saya dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa kerajaan Perikatan Nasional telah bersetuju untuk melaksanakan lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar yang lebih berfokus untuk golongan yang benar-benar memerlukan.

“Selepas tiga bulan tempoh moratorium boleh dilanjutkan oleh bank-bank bergantung pada situasi individu masing-masing,” katanya pada Perutusan Khas beliau yang disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial, hari ini.

Isnin lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dipeti sebagai berkata, nilai moratorium yang diberi setakat 20 Julai mencecah RM59 bilion dan secara keseluruhannya, moratorium itu memberi manfaat kepada 7.7 juta rakyat yang merangkumi 93 peratus peminjam individu.

Beliau berkata, penangguhan pembayaran balik pinjaman atau pembiayaan yang berkuat kuasa pada 1 April itu sebahagian langkah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang bertujuan menguruskan kesan Covid-19.

Tujuan moratorium itu, yang menjadi matlamat ketiga PRIHATIN (memperkukuh ekonomi), adalah membantu meringankan beban rakyat dan perniagaan dalam tempoh enam bulan dan ia akan berakhir pada September 2020, katanya.

Justeru, bank kini mula mendapatkan kerjasama daripada peminjam untuk pendekatan yang lebih bersasar.

Tengku Zafrul juga dilaporkan berkata, bagi tempoh enam bulan moratorium yang diberikan secara keseluruhan, jumlah kerugian dianggarkan mencecah RM6.4 bilion yang bersamaan dengan pengurangan kapasiti bank itu sendiri untuk memberi pinjaman baharu sebanyak RM79 bilion,

Bagi tempoh enam bulan moratorium, jumlah kerugian dianggarkan mencecah RM6.4 bilion manakala sistem perbankan negara dianggarkan mengalami kerugian sebanyak RM1.06 bilion setiap bulan tempoh moratorium yang dilanjutkan mengikut Standard Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS) 9.

Sumber : HM online

Kredit: awatttsyeikhh

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.