Terlebih hisap gam, ramaja dijumpai sudah tidak bernyawa

Seorang remaja ditemui m4ti dalam keadaan terduduk di tapak pasar malam di Batu 4, Jalan Pantai, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah PortDickson Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata ma yat remaja berusia 14 tahun itu yang beralamat di Kampung Indah, Bahau, ditemui selepas polis menerima maklumat awam pada jam 2.14 petang.

“Polis ke lokasi kejadian dan mangsa disahkan meningal dunia oleh pihak Hospital Port Dickson (HPD),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, siasatan yang dijalankan mendapati tiada sebarang unsur jenayah di sebalik kemat ian remaja berkenaan.

“May at dihantar ke HPD untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kema tian, Kes diklasifikasi sebagai ma ti mengejut,” katanya.

Mengikut rekod polis, remaja itu pernah ditahan polis di Port Dickson awal Januari lalu kerana disyaki menghidu gam.

Sumber: Berita Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.