Tidak Mahu Terus Terpalit, Akhirnya PUTERl Sarah Buka Mulut Tentang Isu CERAl

DAKWAAN kononnya pelakon Puteri Sarah Liyana hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada Jumaat lalu.

Ini telah menimbulkan spekulasi tentang hubungan rumah tangganya dengan pengarah filem Syamsul Yusof sedang berantakan.

Sejak semalam peminat hiburan seni tanahair dikejutkan dengan berita pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana dilihat muncul di pejabat agama.

Manakan tidak, pasangan terbabit dilihat tidak pernah ada sebarang pergeseran meskipun jarang berkongsi aktiviti kehidupan mereka.

Namun ramai beranggapan bahawa keadan rumah tangga pasangan selebriti tersebut kini sedang berantakan.

Terdahulu PERKONGSIAN pelakon Puteri Sarah Liyana sepanjang majlis akikah anak keduanya iaitu Sumayyah Mohd Shamsul yang berlangsung pada Ahad menarik perhatian peminat.

Ini berikutan suaminya yang juga pengarah filem dan pelakon iaitu Syamsul Yusof tidak kelihatan pada foto yang dimuat naik oleh wanita itu.

Ia mengundang komen seorang pengikut yang bertanyakan mengenai kehadiran pengarah filem Munafik tersebut.

“Bang Syamsul tidak kelihatan sis,” komen seorang pengikut di foto yang di muat naik di Instagram.

Menjawab pertanyaan pengikut itu, Puteri Sarah memberitahu majlis tersebut hanya dihadiri oleh wanita sahaja.

Dan diuruskan oleh ibu serta bapa mertuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail.

Mereka sepakat membuat kelainan dengan mengundang tetamu wanita bagi majlis akikah untuk Sumayyah itu.

“Majlisnya wanita sahaja, terima kasih kepada mereka yang datang memeriahkan.

Ketiadaan suami pada foto mengundang pertanyaan peminat.

“Terima kasih kepada ibu dan bapa mertua anjurkan majlis akikah Sumayyah, kali ini akikah kita buat lain sikit,” katanya.

Foto yang dikongsi di Instagram Puteri Sarah itu menerima lebih 50,000 tanda suka.

Puteri Sarah dan Sumayyah yang kini berusia lima bulan mengenakan pakaian sedondon dalam rona merah jambu sepanjang majlis tersebut.

Kehadiran di Pejabat Agama menimbulkan Spekulasi

Menerusi laporan Harian Metro, Puteri Sarah dilihat mengenakan jubah.

Dan bertudung hitam memasuki bahagian undang-undang keluarga.

Puteri Sarah dikatakan hadir ke pejabat berkenaan ditemani seorang wanita dipercayai ibu mertuanya iaitu Datin Fatimah Ismail.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tujuan sebenar Puteri Sarah mengunjungi pejabat agama itu.

Ditanya mengenai dakwaan tersebut, Puteri Sarah memilih untuk tidak mengulas lanjut.

 

Salah satu perkongsian Puteri Sarah di Instastory.

“Maaf, tiada apa yang ingin saya kongsikan buat masa ini,” katanya.

Usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan Syamsul tidak berjaya apabila panggilan tidak dijawab.

Tinjauan mendapati Puteri Sarah juga sudah berhenti mengikuti atau ’unfollow’ akaun Instagram suaminya, bagaimanapun Syamsul masih lagi mengikuti akaun wanita itu.

Foto terakhir dimuat naik pasangan itu ialah pada Hari Raya Aidilfitri sekitar Mei lalu.

Menerusi Instastory, Puteri Sarah turut berkongsi paparan skrin kata-kata semangat yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

“Ahad… ini bukan tentang hubungan sempurna, ini tentang mencari seseorang yang sesuai dengan kamu dan akan melalui segalanya tanpa putus asa, ” kongsinya.

Yusof Haslam Doakan Syamsul, Puteri Sarah Selesaikan isu Rumah Tangga Dgn Cara yg Baik

SUSULAN keadan rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana yang didakwa berantakan.

Ini selepas kedua-duanya dilihat muncul di pejabat agama, bapa pengarah filem itu Datuk Yusof Haslam enggan mencampuri urusan peribadi mereka.

Yusof ketika dihubungi mStar memberitahu dia tidak berhak memberi sebarang komen.

Ini memandangkan pasangan itu tidak lagi tinggal bersamanya sejak dua tahun lalu.

Bagaimanapun Yusof berkata, dia dan isterinya iaitu Datin Fatimah Ismail sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak dan menantunya itu.

“Saya tak tahu apa-apa mengenai rumah tangga mereka.

Biarlah Syamsul dan Puteri Sarah sendiri yang beri kenyataan sebab saya tak boleh nak beri komen.

“Benda ini terlalu peribadi sebab melibatkan hal rumah tangga mereka.

Sudah 2 Tahun Tak Tinggal Bersama

Lagipun, mereka berdua dah tidak tinggal bersama dengan saya sejak dua tahun lalu sebab mereka ada rumah sendiri.

“Sebagai bapa, sudah tentu saya mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua.

Apa saja kemelut yang berlaku, saya dan isteri mendoakan agar mereka dapat selesaikan dengan baik,” kata Yusof kepada mStar.

Syamsul Yusof Meluahkan Juga Apa yg Terpendam

Pengarah Syamsul Yusof, 36, memohon orang ramai mendoakan hubungan rumah tangganya dengan isteri, Puteri Sarah dalam keadaan baik.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof ketika dihubungi Harian Metro, bagaimanapun enggan mengulas lanjut apa yang terjadi dalam perkahwinan mereka.

Terdahulu, timbul dakwaan Puteri Sarah dilihat muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, kelmarin, yang ditemani ibu mentuanya.

“Tak ada apa yang saya nak komen, ia hal peribadi. Hal yang personal dan harapnya dapatlah menghormati

“No komen, ini hal peribadi. Tetapi, saya berharap peminat dapat mendoakan yang terbaik buat kami sekeluarga,” katanya.

Ditanya juga mengenai tindakan isterinya yang sudah tidak mengikuti Syamsul di Instagram, dia tegas enggan memberi komen.

Puteri Sarah Akhirnya Buka Mulut Tentang Isv Ceral

Sebelum ini, Puteri Sarah terus mengunci mulut mengenai desas desus mengatakan rumah tangga dengan pengarah terkenal, Syamsul Yusof sedang bermasalah.

Ia susulan timbul dakwaan Puteri Sarah dilihat muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, pada Jumaat lalu.

Puteri Sarah, 35, atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin akhirnya berkata, buat masa ini, dia dalam keadaan baik bersama dua anak.

“Terima kasih kerana ramai yang ambil berat dan menitipkan kata-kata semangat.

Apa boleh dikatakan, saya okay bersama anak-anak. Saya bahagia bersama mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya tujuan sebenar hadir ke pejabat agama, Puteri Sarah memohon doa yang terbaik.

Doakan saja yang baik-baik. Saya berharap semua doakan kebahagiaan rumah tangga kami,” katanya.

Harian Metro, semalam, melaporkan Syamsul enggan mengulas mengenai perkara itu.

“Tak ada apa yang saya nak komen, ia hal peribadi. Hal yang ‘personal’ dan harapnya dapatlah menghormati

“‘No comment’, ini hal peribadi. Tetapi, saya berharap peminat dapat mendoakan yang terbaik buat kami sekeluarga,” katanya.

Apapun, terdahulu Harian Metro melaporkan kelibat Puteri Sarah yang berjubah dan bertudung hitam menarik perhatian orang ramai yang kebetulan berada di kawasan pejabat agama itu.

Malah, Puteri Sarah bersama ibu mentuanya dikatakan masuk ke bahagian undang-undang keluarga meskipun tidak dapat dipastikan tujuan sebenar kehadirannya itu .

Selain itu, di Instagram Syamsul juga kali terakhir dia memuat naik foto bersama isteri dan anak-anak pada Mei lalu.

Manakala, foto bersama Puteri Sarah pula kali terakhir pada November tahun lalu.

Puteri Sarah dan Syamsul dikurniakan sepasang anak.

Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Syamsul yang juga seorang pengarah filem hebat gagal apabila panggilan telefon tidak dijawab.

Menerusi laporan mStar pada Ahad, tinjauan mendapati Puteri Sarah juga sudah berhenti mengikuti atau sudah ‘unfollow’ akaun Instagram suaminya, namun Syamsul masih lagi mengikuti IG aktres itu.

Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, serta Summayah yang kini berusia setahun.