Tiga Kali Ibunya Tanya, Betul ke Akak yg Buat, Tapi Jawapan Saspex Sgt Mengejutkan

HULU TERENGGANU – “Saya akan terus berdoa kakak tidak salah dan naluri ibu tetap menyatakan kakak tidak salah.

Walaupun satu dunia kata dia salah” demikian luah ibu kepada suspek bnuh Siti Nur, 19.

Dia ditemui m4ti dengan kesan tetakan di Kampung Lubuk Batu, Telemong, Hulu Terengganu Ahad lalu.

Ibu kepada dua anak ini berkata, anak sulung yang mesra dipanggil kakak merupakan anak harapannya.

Dan sangat memahami kemiskinan hidup yang dihadapi mereka sekeluarga selama ini.

Beliau yang bekerja sebagai tukang cuci berkata, kakak memang anak yang sangat baik.

Ini kerana dia tidak pernah merungut dengan kemiskinan mereka meskipun pernah terpaksa tangguhkan bayaran duit yuran sekolahnya kerana tidak ada duit.

“Kakak juga pernah menolak beberapa tawaran melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Kerana kami tidak ada duit tetapi dia tidak pernah tunjuk tanda-tanda protes malah kakak pula pujuk saya.

Supaya jangan rasa bersalah dengan keputusan dibuatnya.

“Dia juga tidak kisah kalau terpaksa memakai baju sekolah terpakai yang disedekahkan orang ramai.

Dan pakaian harian yang dipakainya hari-hari pula kebanyakan baju dan tudung yang disedekahkan kepada kami.

Dia tidak malu walaupun mengenakan pakaian sama sahaja,” katanya ketika ditemui di kediamannya di sini hari ini.

Menurutnya, kakak yang bercita-cita menjadi guru selalu memberi semangat kepadanya.

Ini agar sentiasa kuat untuk meneruskan kehidupan yang serba kekurangan selain memberi semangat kepadanya.

Dengan berjanji yang dia akan berusaha membela nasib keluarga.

Mangsa Sendiri Ingin ke Balai

Ketika diminta menceritakan bagaimana anaknya mengambil keputusan tampil ke balai polis, dia berkata, keputusan itu bukan disebabkan dia yang memujuk.

Tetapi anak perempuannya sendiri yang mengajak ke sana.

“Saya masih ingat lagi lepas solat subuh (Isnin) iaitu kira-kira jam 6.30 petang, kakak dah tunggu dekat ruang tamu.

Dan lepas nampak saya siap solat, terus dia bagi tahu nak ke balai polis.

“Dia yang ajak saya tapi masa tu saya tak terfikir apa pun dan menurut sahaja ajakannya.

Tetapi beberapa minit selepas berjumpa dengan polis, saya diberitahu yang kakak terpaksa ditahan untuk siasatan lanjut.

“Memang agak terkejut selepas dimaklumkan, saya terus bertanyakan kakak sepanjang menemaninya di balai polis sebanyak tiga kali.

Adakah betul kakak yang buat, tapi dia jawab tak buat dan saya tahu dia tidak menipu,” katanya lagi.

Sementara itu, jiran terdekat mereka, Mohd Sabri Mohd, 52 berkata, dia sangat mengenali remaja berusia 19 tahun itu kerana membesar di hadapannya dan dia memang yakin kakak seorang anak baik.

“Kakak bukan seorang anak remaja yang liar dan dia budak baik.

Dari segi pelajaran pula saya dimaklumkan memang dia seorang pelajar pintar.

“Keluarga kakak pula walaupun susah tetapi mereka tidak pernah menyusahkan jiran tetangga dan baik dengan semua orang.

“Jadi, saya sebagai jiran yang sangat mengenalinya menganggap tohmahan netizen di laman sosial sangat melampau.

Mereka mengaitkan kemiskinan keluarga mereka antara faktor tindakan kakak,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut mengharapkan orang ramai agar tidak menyebarkan fitnah terhadap keluarga mereka.

Dan biarlah pihak berkuasa yang menjalankan tugas menyiasat.

“Jangan terus menghukum keluarga mereka kerana sehingga sekarang kakak masih tidak dibuktikan bersalah lagi,” katanya.

Sementara itu, Bapa Mangsa harap Pembnuh Siti Nur terima balasan setimpal

Saya harap orang yang menyebabkan kematian Siti Nur Surya akan menerima hukuman yang setimpal, kata bapa kepada Allah yarhamah Siti Nur, 19, yang ditemui m4ti dengan kesan tetakan di Kampung Lubuk Batu, Telemong semalam.

Ismail, 58, berkata, beliau sama sekali tidak menyangka suspek yang ditahan.

Ini bagi membantu siasatan kes itu merupakan bekas rakan sekolah yang pernah berkawan rapat dengan arwh.

“Dia (suspek) sering datang ke rumah, namun sejak beberapa bulan lepas agak jarang menemui kakak (Siti Nur Surya) di rumah.

Saya benar-benar tidak sangka dengan kejadian yang menimpa,” katanya ketika ditemui pemberita di Tanah Perkburan Islam Beladau Selat di sini, malam ini.

Dalam kejadian semalam, myat Siti Nur Surya ditemui dengan kesan tetakan pada badan serta pvtus tangan kiri di ruang tamu rumah.

Dan polis hari ini menahan seorang suspek yang merupakan seorang pelajar perempuan tingkatan enam, rakan sebaya arwah.

Sementara itu adik arwh, Nor Liyana Syuhada, 15, berkata, kali terakhir beliau berjumpa dengan kakaknya itu ialah pagi semalam sebelum pergi ke sekolah dan ketika itu kakaknya masih lagi tidur di bilik mereka.

Beliau berkata, arwh merupakan seorang yang peramah serta periang apabila bersama keluarga dan kehilangannya amat dirasai oleh mereka sekeluarga.

“Kami memang berkongsi bilik yang sama tetapi sejak minggu lepas arwah sering tidur bersendirian di ruang tamu.

Dan malam sebelum kejadian kakak sempat tidur bersama emak.

Petang tadi kami terpaksa beritahu emak yang arwh telah meningal dunia disebabkan demam kerana bimbang kejadian ini akan menjejaskan kesihatannya,” katanya yang kelihatan hiba.

Ismail (tengah) menyiram air mawar pada pusara anaknya yang selamat dikebumi di Tanah Perkburan Islam Kampung Beladau Selat hari ini.

Sementara itu, jnzh Siti Nor Surya selamat dikebumikan kira-kira jam 8.15 malam di tanah perkuburan Kampung Beladau Selat dengan dihadiri keluarga terdekat serta penduduk setempat.

Terdahulu jnzh Siti Nur Surya selesai dibe dah siasat lewat petang tadi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sebelum dibawa ke masjid untuk disembahyangkan. – Bernama

SUMBER: Sinar