Tiga Kem4tian Dilaporkan Hari Ini Dan Pesakit Di I CU Meningkat

Kuala Lumpur: Jang.kitan baharu Cov-19 dalam negara meningkat mendadak kepada 147 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wa.bak itu sebanyak 10,505 kes setakat ini.

Dalam pada itu, tiga kema.tian berkaitan jangkitan Co.vid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kema.tian bertambah 133 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 147 kes baharu yang dilaporkan itu, 4 kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan bakinya 143 kes penularan tempatan.

“Kes import itu membabitkan tiga warganegara dan seorang bukan warganegara.

“Bagi 143 kes penularan tempatan, katanya, sebanyak 119 kes membabitkan warganegara manakala 24 bukan warganegara,” katanya dalam status dimuat naik di Facebook, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, ada 39 kes yang pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Co.vid-19 sebanyak 9,602 kes iaitu 91.4 peratus.

Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Co.vid-19 adalah 770 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan.

“Sehingga kini, lapan pesakit positif Co.vid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (I CU) dengan dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Satu Kluster Baru, Kluster Udin Dikesan Di Sabah

PUTRAJAYA, 23 Sept – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat satu lagi kluster baharu COV-19 di Tawau, Sabah dikenali sebagai Kluster Udin.

Memetik kenyataan KKM, kes indeks kluster tersebut (iaitu kes ke-9894) adalah seorang perempuan warganegara Malaysia berumur 72 tahun.

“Kes indeks dikesan positif COV-19 hasil saringan warga emas yang dijalankan di Klinik Kesihatan Merotai, Tawau pada 12 September 2020.

“Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan 2 lagi dikesan positif COV-19 pada 22 September 2020.

“Kedua-dua kes positif ini melibatkan warganegara Filipina. Mereka tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Tawau untuk rawatan,” kata kenyataan tersebut, hari ini,

Setakat hari ini, sejumlah 128 individu telah disaring dan hasil mendapati, tiga (3) dikesan positif, 71 negatif dan 54 lagi menunggu keputusan.

“Langkah pencegahan jangkitan termasuk proses nyah kuman dan proses pembersihan telah dijalankan di lokasi-lokasi yang terlibat.

“Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan,” kata kenyataan itu lagi.

https://twitter.com/KKMPutrajaya/status/1308710133254422528?s=19

 

Sumber : HMETRO ONLINE