‘TMJ akan lakukan apa sahaja Demi rakyat Malaysia’

WABAK koro navirus (n-CoV) di negara ini belum memasuki tahap serius dan pihak berkuasa belum merancang untuk melarang kemasukan pelancong dari Wuhan, China ke negara ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ini berikutan jangkitan coro navirus baharu dikenali sebagai 2019-nCoV di negara ini masih belum sampai ke tahap kritikal.

Beliau berkata, kebanyakan negara sudah mengambil langkah tertentu berikutan itu situasi serius kerana virus ini tidak dikenali sebelum ini.

Katanya, Kementerian Kesihatan juga menjalankan pemeriksaan yang membolehkan tiga pelancong yang dijangkiti di Johor dapat dikesan.

“Persoalannya manusia mengembara dan dengan sangat pantas. Sebelum sempat kita mengesan pesakit mereka sudah tiba di destinasi.

“Jadi, kita kena terima tidak mungkin kawalan sepenuhnya boleh dilakukan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2020 anjuran Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Persatuan-persatuan Cina Klang di Persatuan Hokkien Klang.

Dr Mahathir berkata, Kementerian Kesihatan juga menyaring rakyat Malaysia yang berada di China sejak beberapa hari lalu sebelum memasuki semula negara ini untuk memastikan mereka tidak menyebarkan penyakit berkenaan.

INI RESPOND TMJ MENGENAI WABAK YG MULA MELANDA MALAYSIA

Ramai yang meminta saya untuk bersuara dan melakukan sesuatu berkenaan isu virus dari China yang sedang merebak di negara kita. Saya ingin memberitahu serta mengingatkan kepada anda semua sepanjang dua tahun ini, setiap hari banyak aduan disampaikan kepada saya berkenaan isu pentadbiran, agama, perkauman, ekonomi dan baru-baru ini mengenai kesihatan.

DUA TAHUN LEPAS DISURUH DIAM DAN JANGAN MASUK CAMPUR

Dua tahun yang lalu saya telah memberi pandangan saya tetapi telah dinasihatkan oleh rakyat supaya tidak masuk campur. Ketika itu rakyat yang saya bela sendiri menyarankan agar untuk saya berdiam dan tidak masuk campur urusan politik dan kerajaan. Saya sanggup dicaci, dimaki untuk membela kedaulatan negeri Johor dan rakyat seluruh negara. Tetapi saya telah disuruh berdiam diri.

RAKYAT MINTA PERTOLONGAN TMJ

Dan hari ini apabila negara dilanda pelbagai krisis, anda semua menyeru kepada saya untuk melakukan sesuatu. Allah S.W.T Maha Kaya, Maha Esa, Maha Adil dan Maha Berkuasa. Hari ini saya berharap anda semua sedar iaitu apa yang saya jangkakan pada dua tahun lalu telah terjadi pada hari ini.

Demi anda semua, saya, Ismail Ibrahim akan lakukan apa sahaja yang saya mampu untuk anda dan keluarga anda semua kerana itu adalah sumpah saya ketika saya ditabalkan menjadi Tunku Mahkota Johor (di Istana Besar Johor Bahru pada 12 Safar 1431H). Kepada Allah Kami Berserah. Semoga Allah S.W.T berkati kita semua.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: TMJ

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.