Nama Tak Ada Dlm Kabinet, Mohamad Hasan Dedah Ada Pihak Nak Bunvh Karier Politiknya

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencetuskan spekulasi apabila mengeluarkan kenyataan terdapat pihaknya yang mahu menamatkan karier politiknya.

Menerusi satu video yang tular, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat pada mulanya dilihat sedang berjalan memasuki masjid sambil menggunakan telefon bimbit.

Namun beliau yang Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau disapa oleh seorang jemaah sambil bergurau bertanya mengenai nama beliau yang tidak terpilih dalam senarai Kabinet baharu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

“Tok Mat, nama tak naik? Nama sini naik lah (masjid),” katanya seorang jemaah.

“Itu namanya politik. Mereka hendah bun.uh saya (karier politik),” balas Mohamad bersahaja sebelum masuk ke masjid.

Sebelum ini, Pemuda UMNO telah mencadangkan Mohamad dinamakan sebagai Menteri Kewangan dalam Kabinet baharu,

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, dalam situasi mencabar ketika ini, negara memerlukan seorang Menteri Kewangan dipilih daripada kalangan yang biasa bergelumang dengan rakyat dan memahami denyut nadi mereka.

Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau adalah tokoh korporat yang pernah bertugas di Bank Bumiputra Malaysia Berhad serta menjadi Pengurus Besar di Bank Bumiputra London.

Selain itu, beliau juga pernah menyandang sebagai Pengarah Urusan Cycle and Carriage Bintang Berhad (1994-2004) dan CEO di Cold Storage Malaysia Berhad (1992-1994) serta pernah memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah di Khazanah Nasional Berhad.

Namun semalam, Ismail Sabri kembali melantik Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz sebagai Menteri Kewangan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Rata-rata netizan menasihati Tok Mat supaya lebih bermuhasabh diri dan mencontoh kepimpinan KJ dalam UMNO

“Ini satu kenyataan yg tak perlu dikeluarkan kerana jelas menunjukkan kekeciwaan akibat tidak dilantik dlm kabinet baru.Tok Mat tak perlu salahkan orang lain sebaliknya perlu tengok diri sendiri.Tok Mat perlu dilihat sebagai pemimpin nasional / bukan kenegerian yg berani menonjolkan buah fikiran agak garang.Biarlah sekali-sekala menongkah arus.Anda perlu sesuaikan dg jawatan timbalan presiden.Anda perlu sebaik mungkin boleh mengawal mkt Umno juga.Saya fikir KJ ada sifat ini dan lebih bersifat pemimpin nasional”

Terdahulu Tok Mat telah menyertai beberapa pemimpin Umno yang di ketui oleh Zahid untuk tarik balik sokongan terhadap PN dan Muhyiddin sehingga menyebabkan kerajaan tumbang

UMNO secara rasmi menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara itu diumumkan oleh presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media secara maya, petang Selasa.

Ahmad Zahid berkata, Umno memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan tidak akan mempertahankan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin yang ternyata gagal di mata rakyat selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan Umno.

Ahmad Zahid (tengah) pada sidang media, petang Selasa.