Tolong atuk cari rezeki, dua cucu lena dalam longgokan barang atas motor

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Begitulah yang dapat digambarkan dengan nasib seorang warga emas yang masih membanting tulang sehingga lewat malam demi mencari sesuap rezeki.

Kisah warga emas itu diceritakan menerusi satu perkongsian oleh Dr Afiq Rahim di Facebook miliknya semalam.

Menurut Dr Afiq, beliau terserempak dengan warga emas bersama-sama dua cucunya itu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Ketika itu beliau sedang menunggu lampu merah di sebuah simpang empat sebelum ternampak orang tua berkenaan.

Terkejut nampak benda bergerak, rupa-rupanya cucu pakcik tu!

Wajah yang penat membanting tulang

Menurut Dr Afiq, beliau sempat berbual dengan warga emas itu yang baru sahaja pulang mencari rezeki dan dibantu cucu-cucunya yang sedang tidur nyenyak di dalam longgokan barang di atas motosikal roda tiga itu.

Beri sedikit wang untuk pakcik dan cucunya

Tambah Dr Afiq, beliau menghulurkan sejumlah wang untuk warga emas dan cucunya dengan niat bersedekah malah warga emas tersebut kelihatan sangat bersyukur dengan pemberian itu.

Bersyukurlah dengan apa yang ada

Sumber: cempedakcheese

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.