“Tolong.. saya menyahaktif akaun bukan sebab komen tu” – Permaisuri Agong dedahkan punca deactivate akaun twitter

Beberapa hari yang lalu, warganet khususnya pelayar twitter kecoh dengan berita berkenaan Raja Permaisuri Agong yang telah menyahaktif akaun Twitter miliknya, @cheminahsayang.

Ramai beranggapan punca Permaisuri Agong menyahaktifkan akaun twitter disebabkan oleh beberapa komen negatif dan bia dab individu tertentu terhadap perkongsian baginda di laman Twitter.

Sehubungan dengan itu, warga net telah memuat naik status dengan tanda pagar #AmpunTuanku sebagai tanda merayu dan memohon baginda kembali berinteraksi bersama mereka di laman tersebut.

 

Hari ini, anakanda baginda, Tengku Puteri Raja Tengku Afzan Aminah Hafizatullah Sultan Abdullah berkongsi paparan skrin mengandungi penjelasan baginda terhadap tindakan menyahaktif akaun miliknya – ia bukan kerana komen biadap tersebut.

Dalam paparan skrin berkenaan, Tuanku Permaisuri memohon agar orang ramai tidak membuat sebarang lapor kepada pihak polis.

Sebaliknya, baginda mengatakan bahawa beliau menyahaktif atas sebab peribadi.

“Tolong.. saya menyahaktif akaun bukan sebab kecewa, sakit atau marah dengan komen mereka. Saya langsung tak baca mahupun sedar akan kewujudan komen-komen tersebut.

Baginda juga menyeru agar lapor an polis tidak dibuat terhadap individu berkenaan.

“Ia tiada kaitan dengan komen tersebut.. Saya ada sebab peribadi sendiri. Tolong jangan buat sebarang lapo ran polis,” kata baginda melalui komen Instagram seperti dikongsikan oleh anakanda baginda di Twitter.

Semalam, Pengarah Jabatan Siassatan Jen ayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed memaklumkan pihak Polis Diraja Malaysia  (PDRM) telah menerima satu lporan polis berkenaan komen kurang sopan terhadap institusi diraja.

Sumber: Tengku Afzan via siakapkeli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*