‘Tolonglah pakcik baju biru munculkan diri…’

SEORANG lelaki dicari bagi membantu siasatan kes pergelutan susulan perselisihan faham yang berpunca daripada kemalangan jalan raya di KM 239 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, sehingga mengakibat seorang mangsa meninggal dunia, semalam.

Adik ipar mangsa yang dikenali Fizi berkata, lelaki berbaju biru dalam video yang tular itu merupakan satu-satunya saksi yang menyaksikan kejadian tersebut dari awal.

“Saya merayu agar orang ramai mencari pakcik berbaju biru, dia satu-satunya saksi yang mengetahui cerita kejadian dari awal.

“Apa yang diberitahu doktor, abang ipar mengalami kecederaan yang teruk pada tulang rusuk dan kepala seperti dipukul,” katanya.

Dalam pada itu, suspek dan isterinya yang turut berada di tempat kejadian telah direman selama tujuh hari bermula semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan bunuh.

Beliau berkata, motif kejadian adalah berpunca daripada isu kemalangan jalan raya dan tiada kena mengena dengan isu perkauman seperti yang ditularkan.

Sumber: cempedakcheese

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*