Treler terbalik, orang kampung ‘berpesta’ kutip susu tin

BACHOK – Satu klip video memaparkan orang ramai mengutip susu dari treler terbalik di Kampung Tawang di sini, awal pagi ini tular di media sosial.

Treler yang membawa muatan ribuan stok susu untuk bekalan sekitar Bachok terbalik lalu bertaburan di atas jalan dalam insiden 2 pagi tadi, lapor Harian Metro.

Dalam video di Facebook dan WhatsApp kelihatan sekumpulan individu mengutip susu itu namun tidak dipastikan ia mendapat kebenaran pemiliknya.

Maklum balas dalam media sosial mendapati ada penduduk mendakwa tindakan mereka dibenarkan pemilik apabila pemandu sendiri dikatakan mengagihkan susu kemek.

Namun pemilik akaun Facebook Ryu Kusanagi pula mendakwa pemiliknya tidak mengizinkan orang ramai susu itu namun mereka tidak mempedulikannya.

Ketua Polis Daerah Bachok DSP Nik Aminuddin Raja Abdullah mengarahkan pemilik syarikat membuat laporan polis agat siasatan dapat dijalankan.

“Berkenaan perbuatan orang ramai mengutip susu itu, kami tidak dapat pastikan kerana ada penduduk mendakwa diberi kebenaran oleh pemilik sendiri.

“Bagaimanapun jika sebaliknya, pemilik perlu tampil menjelaskan perkara sebenar dan saya nasihatkan sebaiknya buat laporan polis segera berhubung kemalangan,” katanya.

Sumber: cempedakcheese

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.