Update Terkini: Lelaki Hina Agong Di Tahan Termasuk 2 Suspek Ugut Yang Datang Jumpa Lelaki Itu. Ini Komen PDRM

Pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Michael Chiah ditahan polis bagi membantu siasatan atas dakwaan menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali berkata, pihaknya turut menahan dua individu yang terlibat dalam pertikaman lidah dengan lelaki berkenaan seperti yang dipaparkan melalui rakaman video yang tular di laman sosial, semalam.

Menurutnya, pemilik akaun Facebook berkenaan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh untuk siasatan lanjut manakala dua individu lagi ditahan di IPD Kuantan untuk siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

“Dua lelaki berusia 32 dan 36 tahun itu ditahan selepas pemilik Facebook berkenaan yang juga seorang peniaga berusia 45 tahun membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan, malam tadi.

“Penahanan tiga individu itu susulan tindakan pemilik Facebook ini mengeluarkan komen yang tidak sepatutnya dan berbaur penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati netizen,” katanya.

Semalam, posting dimuat naik pemilik Facebook terbabit menimbulkan rasa tidak puas hati netizen berikutan berbaur penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kecaman diterima bukan hanya melalui komen malah turut tersebar rakaman video memaparkan dua individu tampil berdepan lelaki tersebut di hadapan kedai dipercayai miliknya berhampiran Kuantan Plaza di sini.

Video berdurasi 1.37 minit itu menyaksikan berlaku pertikaman lidah dua individu terbabit yang ternyata tidak berpuas hati dengan tindakan pemilik kedai, Michael Cheah.

Sementara itu DAP Pahang menyifatkan tindakan ahlinya, Michael Cheah yang didakwa mengeluarkan komen menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah di akaun Facebook miliknya sebagai pendapat peribadi dan bukan mewakili pendirian parti itu.

Setiausahanya, Lee Chin Chen berkata, beliau kesal apabila terdapat segelintir pihak cuba mengaitkan komen ahli DAP Kuantan itu dengan parti berkenaan.

“Tindakan itu ternyata membawa agenda politik untuk fitnah dan memburukkan DAP. Memandangkan laporan polis sudah dibuat untuk siasatan, DAP akan serah perkara tersebut kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau yang juga Adun Bilut berkata, semua pihak tidak kira dari parti mana sekalipun dinasihatkan tidak mengeluarkan kenyataan sensitif termasuk menghina Institusi Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong bagi mengelak suasana tidak harmoni dalam kalangan masyarakat.

Semalam, posting dimuat naik pemilik Facebook terbabit menimbulkan rasa tidak puas hati netizen berikutan berbaur penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kecaman diterima bukan hanya melalui komen malah turut tersebar rakaman video memaparkan dua individu tampil berdepan lelaki tersebut di hadapan kedai dipercayai miliknya berhampiran Kuantan Plaza di sini.

Video berdurasi 1.37 minit itu menyaksikan berlaku pertikaman lidah dua individu terbabit yang ternyata tidak berpuas hati dengan tindakan pemilik kedai. Michael Cheah.

Hina Agong: Jangan ambil tindakan di luar undang-undang negara

Tindakan individu tertentu menghina Institusi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah melalui media sosial disifatkan tindakan yang biadab kepada kedaulatan institusi Raja-raja.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, pihaknya memandang serius tindakan tersebut dan menyokong penuh jika tindakan undang-undang diambil pihak berkuasa terhadap pelaku.

“Ini satu tindakan yang biadab kerana institusi Yang di-Pertuan Agong termaktub dalam undang-undang negara. Rakyat Malaysia tidak harus sedikit pun mempersoalkan kedudukan itu dan tindakan itu harus dikenakan undang-undang tegas dari pihak berkuasa.

“Saya sokong semua tindakan tegas yang akan dikenakan kepada sesiapa yang melawan dan bercanggah dengan institusi Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja yang termaktub dalam perlembagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada media ketika ditemui pada program serahan baucar kepada golongan kurang berkemampuan di TMG Bandar Putra/Tanjung Lumpur di sini, hari ini.

Semalam, seorang individu memuat naik satu posting berserta gambar yang keterlaluan merujuk kepada pertabalan Yang di-Pertuan Agong.

Dalam pada itu, di Kuantan semalam juga terdapat tindakan pemilik Facebook menimbulkan rasa tidak puas hati netizen apabila mengeluarkan komen yang tidak sepatutnya dan berbaur penghinaan kepada Yang diPertuan Agong.

Kecaman diterima bukan hanya melalui komen-komen malah turut tersebar rakaman video memaparkan dua individu tampil berdepan lelaki tersebut di hadapan kedai dipercayai miliknya berhampiran Kuantan Plaza di sini.

Video berdurasi 1.37 minit itu menyaksikan berlaku pertikaman lidah dua individu terbabit yang ternyata tidak berpuas hati dengan tindakan pemilik kedai (Michael Cheah).

Sementara itu, Fuziah turut menasihatkan masyarakat tidak melakukan tindakan melulu terhadap individu yang melakukan tindakan menghina Yang di-Pertuan Agong.

“Pada pandangan saya, jangan gunakan kuasa di luar undang-undang tetapi gunalah kuasa yang ada di dalam undang-undang.

“Jangan ambil tindakan sendiri tetapi gunakan saluran yang betul mengikut undang-undang supaya individu tersebut dapat dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.