Very Humble! Penumpang Terjumpa Keluarga Di Raja Ini Menaiki ETS Tanpa Pengiring. Kelakuan Pemangku YDPA Jadi Buah Mulut Rakyat.

Bukannya satu rahsia lagi sekarang bahawa Timbalan Agong yang kini merangkap Pemangku Agong Sultan Nazrin Perak mempunyai biodata yang agak menarik dan mengagumkan.

Cuma, mungkin ada yang masih tertanya- tanya  dan belum mengenali baginda ini dengan lebih rapat dan mengetahui tentang baginda. Oleh itu, di bawah kami menyediakan serba sedikit info tentang baginda yang mungkin ramai tidak tahu.

Sultan Nazrin mendapat pendidikan awal di Sekolah Jalan Kuantan, Kuala Lumpur sehingga darjah 5, baginda melanjutkan pelajaran dari darjah 6 hingga tingkatan 2 di St. John Institution dan pada usia 13 tahun, Sultan Nazrin Shah berangkat ke United Kingdom untuk meneruskan pengajian di Leys School, Cambridge.

Baginda kemudian memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford.Sekembalinya dari luar negara, Sultan Nazrin Shah bertugas sebagai Pegawai Eksekutif Petronas dari 1979 hingga 1983.

Baginda kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana dalam Pengurusan Awam di Kennedy School of Government, Universiti Harvard diikuti Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari universiti sama. Sultan Nazrin Shah merupakan Felo Kehormat Worcester College, Universiti Oxford dan juga Magdalene College, Universiti Cambridge; Ahli Pemegang Amanah Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford; Felo Diraja Institusi Pertahanan dan Keselamatan Malaysia; Felo Diraja Institut Kajian Strategik dan Hubungan Antarabangsa Malaysia; Felo Diraja Institut Keselamatan Awam Malaysia dan Penaung Diraja kepada Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia.

Terkenal dengan sifat merendah diri dan berjiwa rakyat, Sultan Nazrin  selalu dilihat menjalani hidupnya seperti orang biasa. Ini terbukti apabila rakan kongsi netizen berkongsi gambar Sultan Nazrin dan keluarganya menggunakan ETS (Electric Train Service) di Twitter.

Rata-rata mereka yang terserempak dengan baginda melahirkan rasa teruja dan kerana baginda sudi meluangkan masa merakamkan gambar kenangan bersama orang ramai.

Perwatakan baginda bukan sahaja sangat murah dengan senyuman malah peramah. Sikapnya itu membuatkan rakyat berasa dekat dengan baginda,” Sikap seperti ini, sememangnya menjadikan seseorang Raja Melayu akan lebih dekat di hati rakyat jelata apabila sesekali, baginda sudi mencemar duli untuk santai bersama-sama rakyat.

Setelah post tersebut menjadi vir4l di media s0sial, ramai rakyat Malaysia meluahkan rasa gembira dengan apa yang terjadi kerana keluarga kerabat diraja itu sangatlah rendah diri seolah-olah menjalani kehidupan yang mudah dan seperti rakyat biasa.

Semasa artikel ini dihasilkan, post tersebut telah pun mendapat lebih daripada 3.4k tweet dan lebih daripada 5.1k tanda like. Tertarik dengan peribadi keluarga diraja Perak ini, ramai yang menyatakan kekaguman mereka di bahagian komen jawatan itu. Beberapa komen adalah seperti yang ditunjukkan di bawah:

“Terserempak Keluarga Diraja Ini Tanpa Pengiring Naik ETS,” - Pemangku YDP Agong Jadi Buah Mulut Rakyat

Selain memuji keluarga diraja ini, n3tizen juga mula berkongsi pengalaman peribadi mereka terserempak dengan Sultan Nazrin dan keluarga. Salah seorang n3tizen berkongsi bahawa dia pernah melayan keluarga diraja Perak di sebuah restoran pada suatu masa dulu.

“Terserempak Keluarga Diraja Ini Tanpa Pengiring Naik ETS,” - Pemangku YDP Agong Jadi Buah Mulut Rakyat

Beliau berkata bahawa Sultan Nazrin dan isterinya adalah orang yang sangat baik, dan anak-anak mereka juga berperilaku sopan. Seorang lagi berkongsi bahawa dia pernah berjumpa Sultan di KLCC Foodcourt di aras 4.

Dia menjelaskan bahawa dia sangat terkejut dengan kehadiran Sultan Nazrin dan dia hanya mampu mengucapkan kata “Tuanku”.

Sultan Nazrin rupanya seorang ulat buku

Satu perkongsian  yang menarik perhatian adalah mengenai cerita seorang n3tizen ini yang katanya pernah melihat Sultan Nazrin di Kinokuniya KLCC sedang memilih buku untuk dibeli bukan sekali tapi beberapi kali.

“Terserempak Keluarga Diraja Ini Tanpa Pengiring Naik ETS,” - Pemangku YDP Agong Jadi Buah Mulut Rakyat

Netiz3n yang ternampak baginda mengatakan baginda mengangkat sendiri bakul buku -buku yang baginda pilih.

“Terserempak Keluarga Diraja Ini Tanpa Pengiring Naik ETS,” - Pemangku YDP Agong Jadi Buah Mulut Rakyat

Lebih mengejutkan beliau juga turut beratur bersama-sama orang awam semasa di kaunter pembayaran. Wah!

Sultan Nazrin sememangnya terkenal dengan sifat seorang raja yang amat berhemah tinggi, mempunyai tutur kata yang lemah-lembut dan sopan santun kerana telah dididik dari kecil dengan nilai-nilai pekerti serta tingkah laku yang berasaskan kepada ajaran agama dan ilmu keduniaan yang luas.

Semoga negara kita akan bertambah maju di bawah naungan baginda. Daulat Tuanku!

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.