Video Asri Dah Pun Tersebar, Ketua PoIis Selangor Mula Bersuara ‘Berani Buat Beranilah Tanggung’

Susulan pembabitan anggota dan pegawai poIis yang bersekongkol dengan sebarang kegiatan har4m termasuk kegiatan juudi har4m, Ketua PoIis Selangor mula bersuara.

” Berani buat, beranilah tanggung” tegas Datuk Noor Azam Jamaludin.

Beliau menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota atau pegawai poIis di bawah seliaannya jika terbukti terbabit dengan sebarang kegiatan har4m dan tindakan sewajarnya akan dikenakan terhadap mereka.

Ini termasuk kemungkinan ada anggota dan pegawai poIis yang melindungi kegiatan perjvdian har4m dan penjualan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh seperti yang didedahkan pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid di media sosial, baru-baru ini.

” Dalam kes ini, kita serahkan kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengambil tindakan.

” PoIis Selangor tidak akan campur tangan dalam urusan siasatan dan tindakan kerana kita tidak mahu nanti kita dikatakan berat sebelah, jadi kita serahkan siasatan kepada dua pihak berkenaan.

” Sekiranya memang benar ada anggota kita yang terbabit dengan kegiatan har4m seperti yang didedahkan itu, maka terpaksalah mereka terima akibatnya.

” Mereka berani buat, maka beranilah tanggung,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Tiada tindakan ke atas Asri

Dalam pada itu, beliau memaklumkan pihaknya tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Mohd Asri yang membuat pendedahan berkenaan menerusi satu rakaman video itu.

” Beliau bukan suspek, sebaliknya adalah pemberi maklumat. Justeru, kita tidak akan ambil sebarang tindakan terhadapnya.

” Kita hargai setiap maklumat dan pendedahan yang disalurkan oleh orang awam namun kita berharap segala maklumat itu disalurkan dengan cara yang betul demi keselamatan mereka sendiri,” katanya.

Nak selamat datang sendiri ke mana-mana balai poIis

Menurutnya, banyak cara yang lebih selamat untuk menyalurkan maklumat termasuk dengan datang sendiri ke mana-mana balai poIis berhampiran, atau pergi sendiri ke jabatan yang berkenaan di Bukit Aman.

” Maklumat berhubung sebarang kegiatan jen4yah juga boleh disalurkan menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang boleh dimuat turun menerusi telefon bimbit.

” Setiap maklumat yang diterima akan disiasat dan tindakan sewajarnya akan dibuat sekiranya siasatan mendapati memang benar ada sebarang kegiatan jen4yah berlaku di lokasi yang didedahkan oleh pengadu,” katanya.