Video – COO baru Felcra tengking staf bawahan tular

SATU video memaparkan seorang lelaki dipercayai Ketua Pegawai Operasi (COO) Felcra menengking staf bawahannya tular di media sosial sehingga menaikkan kemarahan orang ramai.

Antaranya, bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin yang mengkritik tindakan tersebut yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak patut.

“Berulang kali saya cakap. Kerajaan yang lahir dari pemberontakan jalanan seperti dilakukan BERSIH selama ini telah melahirkan sebuah kerajaan samseng hari ini.

“Apatah lagi fitnah yang ditabur selama ini telah merosakkan akal pemikiran rakyat hingga lahir pemimpin agensi kerajaan yang berperangai seperti beruk,” katanya.

Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku ketika COO yang baru dilantik sejak empat lalu itu melawat ladang sawit di Sungai Batu, Pahang.

Sumber: chempedakcheese.

Rata2 netizen yg melihat video ni memberikan reaksi yang berbeza.

Mmg bos dia marah…kalau dh ank buah kerja smbil lewa…ad la tu sbb marah…bnda x btul pekerja dia buat..org kerja bhgian ladang..phm lah..tegas mcm ni kite nak..bru xde de rasuah….pham x smua?..klu xnk kene mrh…jgn jd pkerja..tamat blajar…diploma ke..phd je..master ke..trus lah jd bos..

Bos macam ni la yg terbaik…cakap slow2 x dengar…yg mana x setuju tu mesti kerja x boleh kena tegur…hihi…sbb tu la kerja kena ada kelulusan KTM…(kerja tahan Maki)😅😅😅

Bgus jgk boss tegas mcm ni.. kalau tak anak buah buat keje smbil lewa tak disiplin …. Bila bangsa lain maju mula la kata melayu mundur.. ahhh sendiri fikir lah .

P/S : Ad positif ad negatif.. Dia marah mgkin bersebab.. Ad je pekerja nie terlalu manja.. Asik nak kena suap je.. Sekali ketuk baru buat.. Ikot je ckp org. Xda lagsung nak cuba usaha kembagkan business.. Ikot flow yg ada.. Xnak bg idea… Cuma negatif dia.. Cara penyampaian dia… Menjerit… Cuba dgr elok2.. Bukan reti dok office je.. Turun padang tgk apa kerja bawah buat.. So faham la.. U deserve what u get.. If keje smbil lewa tp gaji masyuk… Xberkat jgk…

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.