(Video) ‘Dah melampau ni, siap ubah lagu Negaraku dalam bahasa mandarin’ – Netizen

Viral di media sosial ketika ini, klip video sebuah kelas di sekolah yang tidak diketahui, menyanyikan lagu kebangsaan, Negaraku, dalam bahasa mandarin.

Video itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pihak sekolah terbabit yang sewenang-wenangnya mengubah lirik asal lagu itu kepada bahasa mandarin.

Sedangkan umum tahu bahawa lagu kebangsaan tidak boleh digubah sesuka hati dan berdasarkan Seksyen 8 Akta Lagu Kebangsaan 1968, tindakan seperti itu boleh menyebabkan pihak berkenaan didakwa di mahkamah kerana tidak menghormati lagu Negaraku.

Akta tersebut diwujudkan bagi menjaga kredibiliti, prestij, kewibawaan dan maruah lagu Negaraku.

Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan pihak sekolah terbabit yang dipercayai sekolah vernakular yang dilihat cuba merosakkan lagu kebangsaan.

Netizen menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak sekolah yang jelas sekali biadab dan mencabar undang-undang di negara ini.

Sumber: mymediahub

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.