[VIDEO] “Ini Zuriat Awak ,Saya Ada Bukti!!” – Mas Idayu Naik Hantu,Marah Siapa Tu?

ISU membabitkan anak kepada penyanyi dangdut Mas Idayu iaitu Nur Dayini Ashiqah dengan ibu tiri, Reena Arina menarik perhatian ramai apabila kedua-dua pihak berbalah di media sosial sejak Februari lalu.

Perang dingin yang tercetus itu secara tidak langsung turut mengheret nama Mas Idayu yang didakwa seolah-olah tidak pandai mendidik sehingga anak gadisnya didakwa bersikap kurang ajar bukan sahaja terhadap ibu tiri tetapi bapa kandungnya sendiri, pelakon Aman Graseka.

Menjawab dakwaan tersebut, penyanyi lagu Senggol Senggolan, Cubit Cubitan ini akhirnya buka mulut.

Kata Mas Idayu, pada awalnya dia enggan masuk campur dalam urusan tersebut sehinggalah namanya dikaitkan dalam sebuah artikel baru-baru ini.

“Awalnya saya memang tak tahu apa masalah anak saya dengan bapanya sebab malas nak ambil tahu kerana itu membabitkan mereka berdua.

“Tapi baru-baru ini saya ternampak ada berita mewakili pihak Aman dan isteri mengatakan saya masuk campur, itu saya tak boleh terima.

Mas Idayu tunjuk bukti Aman menyekat anaknya di aplikasi Whatsapp.

“Sampai ada netizen kata saya tak ajar anak hormat ibu tiri… dia dah umur 22 tahun saya masih pukul lagi (kalau buat salah). Apa-apa mengenai anak saya kena ambil tahu,” kata Mas Idayu ketika ditemui mStar di kediamannya pada Jumaat.

Pada Mac lalu, Nur Dayini meluahkan rasa kesal terhadap sikap ibu tirinya yang difahamkan menghalang dia untuk bertemu bapa kandungnya.

Gadis berusia 22 tahun itu saling berbalas kapsyen sindiran dengan ibu tirinya di Instagram.

Sementara itu, Mas Idayu berkata dia terkilan apabila mengetahui Aman menyekat nombor Nur Dayini di WhatsApp selain tidak menghubungi anaknya itu selepas mereka pulang dari mengerjakan umrah pada Februari lalu.

“Selepas Aman kahwin, dia tak jumpa langsung bapa dia kerana Aman dah balik Kedah… terakhir Dayini mesej bapanya sebelum kami tunaikan umrah tapi beberapa hari kemudian mesej dibalas dipercayai oleh isterinya berdasarkan teks yang dihantar.

“Sekarang ini profil foto pun dah tak ada, mesej pun tak sampai itu bukti mereka sekat kami. Aku tak kisah jika Aman nak menyebelahi isterinya tapi biar dengan cara cerdik.

Aman dan isteri, Reena Arina.

“Walaupun dah berpisah, aku kenal Aman macam mana… dia tak pandai nak sekat orang dekat Whatsapp, Instagram. Aku bukan nak puji bekas suami tapi aku kenal dia,” ujarnya.

Dalam pada itu, komentator tetap program nyanyian D’Academy Asia ini berharap pelakon drama Tuan Danial ini tidak melupakan anak perempuannya itu.

“Abang (panggilan untuk Aman) tahu apa yang anak kita nak… dia hanya nak bapa dia, dia bukan nak duit. Kami ada duit… bukan nak cakap besar tapi dia hanya nak bapa dia.

Kali terakhir Dayini menghubungi bapanya sebelum menunaikan umrah pada Februari lalu.

“Jangan harap anak yang akan ke Kedah untuk bertemu bapa, dia anak perempuan! Takkan nak memandu seorang diri ke sana… nanti kalau aku hantar (anak ke Kedah) takut ada orang yang tergugat pula,” katanya.

Aman dan Mas Idayu mendirikan rumah tangga pada 1997, namun berpisah pada 2006.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Dayini.

Aman kemudian mendirikan rumah tangga dengan model, Reena pada 2018, pasangan berkenaan dikurniakan cahaya mata lelaki, Aishymir Mateen Shah Aman Shah berusia setahun.

Sumber: mstar