Video: Kereta Dirempvh Sehingga Melambung, Pemandu m4ut Tinggalkan Tiga Ank Masih Kecil

Tular di media sosial rakaman kamera perakam video (dashcam) memaparkan sebuah kereta Perodua Myvi yang bergerak

laju merempuh kereta Honda Accord sehingga menyebabkan pemandu Honda itu maut serta-merta di tempat kejadian.

Kemalangan yang berlaku di Jalan Harimau Tarum berhampiran Plaza Pelangi itu menyebabkan Mohd Rizal Buseri, 31,

meninggal dunia manakala pemandu Myvi Nur Fatin Nazrah, 23, dan seorang lagi mangsa, Chang Ah May, 78, mengalami cedera ringan.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Nordatul Badrol Abd. Rahman,

sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin dengan kekuatan sembilan anggota telah dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus laporan kecemasan diterima.

“Setiba di lokasi kejadian, pasukan keluaran operasi mendapati sebuah kereta yang dipandu salah seorang mangsa dalam

keadaan terbalik dan dia tersepit di bahagian pemandu.

“Tindakan operasi mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan khas menyelamat hanya mengambil masa dua minit.

Namun dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan,” katanya.

Sementara itu, netizen meluahkan rasa sedih dengan perkara yang berlaku dan mendoakan agar keluarga mangsa tabah menghadapi kejadian yang menimpa.

Mereka juga mahu pemandu Myvi dikenakan tindakan tegas kerana dipercayai tidak memiliki lesen memandu selain cukai jalan yang tamat tempoh.

Video:

Katanya ni kemalangan dipersimpangan Plaza Pelangi semalam pagi

Katanya ni kemalangan dipersimpangan Plaza Pelangi semalam pagi.

Gepostet von JohorPress am Samstag, 10. Oktober 2020

Sumber : FB / transformasipw

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!