Video: Ketika Perutusan Khas PM tadi, Nampak Ada Sesuatu yg Tak Kena dgn Abah

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 dengan peruntukan hampir RM7 bilion.

Jelas beliau, bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran.

Pertamanya pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya pada bulan Januari 2021.

“Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700.

Dan keduanya, pada bulan Januari 2021 adalah sebanyak RM300,”

Beliau berkata menerusi Pengumuman Kerangka Inisiatif Tambahan Khas: Kita Prihatin yang disiarkan secara langsung di sini hari ini.

Ini jumlah yang dapat

BPN 2.0 akan dibayar sebanyak RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah B40
RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang
RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40
RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0

Dan kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini.

“Bagi mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN, kerajaan akan memberi peluang untuk rayuan dan permohonan baharu.

“Saya berharap dengan adanya bantuan tambahan ini, saudara dan saudari dapat menarik sedikit nafas lega dalam menampung perbelanjaan harian saudara saudari dan seisi keluarga,” ujar beliau.

Bantuan itu difahamkan akan dikreditkan secara ansuran sebanyak dua kali dengan pembayaran kali pertama akan dilakukan pada penghujung Oktober 2020 dan pembayaran kali kedua pada Januari 2021.

Penerima BPN Tidak Perlu Memohon

Mengulas mengenai perkara itu, perdana menteri menjelaskan mereka yang pernah menerima bantuan itu sebelum ini tidak perlu membuat permohonan baru.

Dimana ianya akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank mereka.

Manakala individu-individu yang belum pernah menerima bantuan itu pula berpeluang untuk membuat rayuan.

Cara Membuat Rayuan Bantuan Prihatin Nasional

Rayuan boleh dibuat di cawangan LHDN , secara emel ataupun secara online di laman rasmi LHDN

Jika status anda lulus, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Namun, sekiranya status anda Tidak Layak atau Tiada Rekod, anda masih berpeluang untuk membuat rayuan atau permohonan baru.

Bagi yang berstatus Tidak Lulus, namun memiliki cukup syarat untuk menerima BPN, anda berpeluang untuk membuat rayuan.

Anda boleh membuat permohonan rayuan melalui portal rasmi BPN.

Berikut disertakan cara untuk membuat rayuan BPN dengan mudah.

Ketika Perutusan Khas PM tadi, Nampak Ada Sesuatu yg Tak Kena dgn Abah

Hari ini PM Muhyiddin Yassin telah membuat satu sidang media perutusan khas tentang keadaan ekonomi negara Malaysia sekarang.

Beliau telah umumkan beberapa pakej bantuan rakyat yang boleh meringankan beban sepanjang PKPP ini.

Perutusan khas kali ini agak lama kerana beliau terpaksa membentangkan beberapa pakej.

Dan ketika hampir hujung sidang siaran langsung itu netizen perasan ada sesuatu yang tidak kena dengan PM kesayangan rakyat.

Ketika sidang Perutusan Khas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin jelas kelihatan bahawa beliau tidak sihat.

Di dalam siaran langsung tersebut beberapa kali ‘Abah’ Muhyiddin Yassin berdehem kerana tidak selesa di tekak.

Walaupun banyak kali PM Muhyiddin Yassin berdehem seperti tekak tidak selesa, beliau tidak meminum air.

Kelihatan juga beliau kurang nampak dan tidak seperti ini ketika membaca skrip.

Ada beberapa netizen beritahu jelas kelihatan juga wajah Tan Sri Muhyiddin Yassin pucat dan tidak sihat.

Rata rata netizen yang mengikuti siaran langsung mendoakan agar Perdana Menteri kita berehat.

Perdana Menteri akhiri perutusan beliau adalah untuk kita (rakyat) menjaga sesama kita sendiri.

Kita tidak boleh mengharapkan negara lain kerana mereka juga masih bergelut.

Beliau beritahu perutusan khas yang dibuat hari ini adalah kerana kerajaan mendengar rintihan rakyat.

PM Muhyiddin juga memberitahu kerajaan sekarang stabil untuk membantu rakyat.

Video Penuh :

LIVE | Perutusan Khas KITA PRIHATIN oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

LIVE | Perutusan Khas KITA PRIHATIN oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin YassinKredit : RTM

Gepostet von Malaysia Gazette am Dienstag, 22. September 2020

Sumber: sifufuad