[Video] Rakaman CCTV paparkan 2 wanita conteng mural

Tidak bertamadun. Mungkin itu kata-kata sesuai diberikan apabila lukisan mural pemimpin tertinggi negara diconteng.

Set mural yang memaparkan potret Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan beberapa yang lain didapati telah dirosakkan dan diconteng dengan kata-kata yang tidak sepatutnya.

Mural di Seksyen U12 Shah Alam dilukis awal bulan ini, dan sejak itu menjadi tular di media sosial.

Selain potret Seri Paduka, yang dilukis di dinding bangunan di sana, turut menjadi hiasan adalah potret Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut klip video pendek berkenaan mural yang diconteng itu dan dimuat naik di Twitter pagi ini, perkataan “b#bi” ditulis di antara potret Abdul Hadi dan Muhyiddin, dan bersebelahan gambar Al-Sultan Abdullah.

Sementara perkataan “bangs#t” diconteng di tengah-tengah potret Dr Noor Hisham.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Baharudin Mat Taib ketika dihubungi mengesahkan bahawa polis telah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Polis katanya, akan mengeluarkan kenyataan media mengenai kes berkenaan hari ini.

Respon Guan Eng

Sementara itu, contengan di potret berkenaan menerima banyak kritikan dari pihak orang ramai dan juga ahli politik.

Ini termasuk dari Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

” Tindakan ini tidak seharusnya berlaku, terutama melibatkan potret DYMM YDPA.

” Saya gesa pihak berkuasa untuk menyiasat tindakan provokasi ini dan menyeret mereka yang terlibat ke muka pengadilan,” kata Lim di Facebook.

Fahmi juga menyiarkan mesej serupa di Twitter:

” Saya harap PDRMsia akan segera mengenal pasti dan menangkap mereka yang merosakkan lukisan ini.”

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan dalam ciapannya di Twitter, menggesa pigak berkuasa untuk menangkap mereka yang terlibat itu.

” Tangkap segera orang yang terlibat rosakkan mural/lukisan dinding ini. Harap ada CCTV yang berhampiran.

” Tidak kira siapa terlibat, vandalism seteruk ini sangat tidak kena kpd adab #rakyat #Malaysia,” katanya.

Terdahulu mural gergasi yang diabadikan di dinding sebuah bangunan kedai di sini turut menarik minat Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah yang sama berangkat tiba pada 10 Julai lalu.

Turut mengiring baginda dalam lawatan tersebut Tengku Puteri Iman Afzan dan Tengku Muhammad lskandar Ri’ayatuddin Shah.

Baginda meluangkan hampir 30 minit beramah mesra dan berinteraksi bersama tiga pelukis muda yang pada mulanya telah menghasilkan potret YDPA, sebelum lima lagi pemimpin utama negara.

Antara tiga pelukis mural terbabit ialah Muhammad Suhaimi Ali, Muhamad Firdaus Nordin dan Abdul Hadi Ramli.

Reaksi Raja Permaisuri Agong

Sementara itu, menerusi sebuah entri di Instagram Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dilihat telah memuat naik paparan skrin contengan tersebut.

Tunku Azizah memberi reaksi dengan berkongsi keratan gambar yang diconteng dengan kata-kata kesat termasuk potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ringkas sahaja kata-kata Tunku Azizah dan berharap agar tindakan si pelaku akan mendapat balasan Allah SWT kelak.

” Semoga Allah SWT yang membalasnya,” tulis Permaisuri Agong.

Memahami perasaan Tuanku, rata-rata warganet turut mengec4m tindakan tersebut dan berdoa agar pelaku mendapat balasan setimpal.

” Turut berduka cita atas kelakuan sedemikian rupa. Moga pelaku dapat pembalasan sewajarnya.” tulis Anep

” Astaghfirullahaladzhiim. Sesungguhnya orang yang tak tahu erti bersyukur itu adalah orang yang secara terang menolak rezeki Allah untuknya” komen Aida

” Allahhuakbar..kenapa lah teruk sangat perangai orang-orang yang menconteng dengan perkataan yang kurang elok bahasa nya..elok di tangkap jer orang yang buat mcm ni” tulis Hazelina.

Reaksi pelukis

Ramai juga tumpang simpati dengan si pelukis berkenaan berikutan kejadian yang menimpa muralnya itu.Namun, pelukis mural berkenaan, Suhaimi Ali turut meninggalkan pesanan dan ucapan terima kasih buat rakyat Malaysia yang telah menyokong hasil karyanya

” Terima kasih sokong bakat saya…”

Terpaksa dipadam, ramai yang luahkan rasa kecewa.

Sudah tentunya, tindakan MBSA memadam kesemua mural itu telah mengundang rasa sebak orang ramai. Bahkan, masyarakat juga dilihat luah kecewa dengan tindakan individu busuk hati berkenaan.

Sedih! Mural begitu cantik terpaksa dipadam!

Hasil kerja yang bakal dirindui ramai. Terima kasih wahai pelukis. Keringatmu dalam ingatan.

Rakaman CCTV paparkan 2 wanita conteng mural

Rakaman CCTV kelihatan dua orang individu yang disy4ki wanita sedang menconteng mural berkenaan. Semasa kejadian, kelihatan kereta ssspek sedang meletakkan keretanya berhampiran lorong yang memaparkan lukisan mural tersebut.

Mereka kemudiannya melakukan kegiatan tidak bertanggung jawab itu selama lebih kurang 2 minit sebelum meninggalkan lokasi kejadian. Insiden tersebut masih dalam siasatan dan pihak polis sedang giat membu.ru pelaku yang tidak bertanggung jawab itu.

https://www.facebook.com/223545897823128/posts/1626980077479696/

 

Video : Twitter@Amirul Fazreq