Video – Remaja picit roti di Family Mart hingga rosak cetus kemarahan

Video seorang remaja merosakkan makanan yang dijual di sebuah kedai serbaneka di Nilai tular di media sosial sehingga mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen.

Video berdurasi 1 minit 10 saat itu memaparkan remaja berkenaan memicit-micit roti yang masih berada di dalam bungkusan.

Dia juga dipercayai membuka penutup botol minuman dan meminum minuman tersebut tanpa membayarnya terlebih dahulu.

Selepas video itu viral, netizen secara berjemaah mengecam kelakuan biadap remaja tersebut dan mahu satu tindakan tegas dikenakan ke atasnya sebagai satu pengajaran.

Rata-rata netizen menyifatkan tindakan remaja itu tidak bermoral dan tidak boleh diterima sama sekali.

Semoga dipermudahkan

Aku nk cari budak ni.. Aku duk nilai je ni, dkt taman desa anggerik sebelah USIM.. Someone tolong bagi info budak ni, nak kenal2 skit..

Dh viral ni syok la nti duk dlam kandang besi ye …Tahniah..tak sabar tggu next viral menangis mtk ampun

Muka da la tak hensem, perangai tak senonoh tu simpan la sikit . Nak kena pijak ke

Sumber: HCL & kulihatlangitbiru

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.