(Video) ‘Taiko’ baru 10 bulan bersyahadah, berjaya Islamkan 7 ahli ahli keluarganya.

Masya Allah, bila Allah berkehendak tiada siapa yang dapat menyekatnya… Ini sebuah kisah HIJRAH yang hebat! Seorang lelaki Cina, Bro Ben menceritakan bagaimana beliau boleh tertarik untuk melafazkan syahadah walaupun sebelum ni beliau menaruh pra sangka burok terhadap Islam.

Menurutnya, beliau telah berkahwin dengan wanita Indonesia yang memang asal Islam namun, sebagaimana yang kita tahu perkahwinan campur di antara orang Islam dengan bukan Islam bukan perkara yang pelik di sana.

Alhamdulillah, mereka berdua dijentik dengan hidayah Allah, setelah suatu masa isterinya juga kembali berhijab dan kembali mengamalkan Islam yang sebenarnya.

Bro Ben memberitahu apa yang mendorongnya berdakwah kepada ahli keluarganya ialah kerana beliau ingin menarik ahli keluarganya bersama di Jannah. Dan untuk itu mereka ada perlu ada ‘tiket’ untuk ke sana iaitulah dengan cara memeluk Islam.

Suatu perkara yang pasti, perubahan akhlak beliau adalah punca utama kenapa ahli keluarganya terbuka hati untuk turut bersyahadah. Menurut ibunya, akhlak Bro Ben banyak berubah sejak masuk Islam di mana beliau lebih mendengar kata ibunya, lebih mengambil berat pasal orang tuanya dan sering bawa mereka keluar makan…

Jauh sekali jika dibandingkan dengan hidupnya sebelum ni yang merupakan seorang ‘Taiko’…

Jom tonton video dan baca juga apa pesanan Bro Firdaus Wong di bawah.

(Video) Firdaus Wong tegur Cina Muslim

Pendakwah Islam, Firdaus Wong Wai Hung membidas sikap golongan Cina Muslim yang suka menyalahkan orang Melayu tidak berdakwah kepada mereka sedangkan golongan itu sendiri tidak mahu melibatkan diri dalam dakwah selepas memeluk Islam.

Beliau berkata, majoriti orang Cina yang memeluk Islam hanya banyak bercakap dalam media sosial tetapi apabila diajak berdakwah mereka enggan.

“Sekarang anda dah masuk Islam, di mana anda dalam berdakwah. Majoriti yang saya tengok di sini Melayu. Cina mana? Majoriti yang berdakwah di Masjid Kapitan Keling, Masjid Putrajaya dan Masjid Negara adalah Melayu. Cina Muslim mana? Cakap banyak tetapi kerja tak jalan. Sekarang masa untuk tunjuk (kerja dakwah).

“Berapa ribu pelancong China datang (Malaysia) tetapi tak cukup sukarelawan berbangsa Cina bercakap bahasa Cina. Banyak buat program (untuk Cina muslim) tetapi makan saja tahu. Turun padang dakwah tak jalan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam video forum bertajuk ‘Rasulullah Sebagai Contoh Ikutan’ yang dimuat naik dalam YouTube petang ini. Video itu berdurasi kira-kira tiga minit setengah dan dirakam pada 25 November 2018 di surau bangunan Perkim, Jalan Ipoh di sini.

Bila buat program dakwah, berapa banyak Cina Muslim yang datang? Cakap banyak sekarang masa untuk tunjuk dan bercakap. Tunjuk apa yang kamu selama ini cakap ustaz Melayu tak buat dakwah… ini ustaz Melayu dah buat dakwah.

Firdaus yang mengetuai Multiracial Reverted Muslims (MRM) berkata, majoriti yang berdakwah di Masjid Kapitan Keling di Pulau Pinang, Masjid Putrajaya dan Masjid Negara adalah Melayu dan hasil usaha pendakwah-pendakwah Melayu di dalam dan luar negara lebih 800 orang memeluk Islam.

“Apa Cina muslim buat. Komplen, komplen, komplen. Kerja tak jalan. Jangan buat malu Cina. Tak suka saya, I don’t care… saya bukan harapkan ihsan kau, kalau rasa tak kena dengan saya saya tidak kisah. Tunjuk dan buktikan saya salah.

“Apa yang Prof. Dr. Ridhuan Tee cakap kadang-kadang betul, kiasu kiasi kiapo, takut mati, takut kalah, takut bini. Semua takut tapi tamak dunia. Bila bercakap mau nombor satu tetapi bila kerja tak apa, itu Melayu buat dulu. Dulu sebelum masuk Islam komplen Melayu tak buat kerja tapi sekarang orang Melayu juga yang buat kerja, you ada di mana? Tolong sampaikan ini kepada mereka,” tegasnya.

Sumber: utusan malaysia via penjejak info

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*