(Video) ‘Tudia gila punya laju!’ – Driver Ford Ranger sondol penunggang motosikal di lebuhraya

Viral di media sosial video dashcam yang menunjukkan sebuah kereta Ford Ranger 2.0L WT 4WD Auto dipandu dengan kelajuan tinggi sehingga merempuh penunggang motosikal.

Dalam kejadian yang berlaku di Lebuhraya PLUS Bangi-Kajang, kenderaan tersebut dipandu dengan laju dan memotong secara berbhaya menyebabkannya hampir terbabas lalu merempuh penunggang motosikal yang berada di lorong kecmasan.

Rempuhan itu menyebabkan mngsa terjatuh tetapi masih mampu berdiri dan berlari ke tepi jalan sebelum dihampiri oleh pemilik dashcam yang memeriksa keadaan mngsa.

Berdasarkan sumber netizen, kereta itu dipandu oleh seorang lelaki berusia 33 tahun yang berasal dari Taman Sentosa, Klang, Selangor.

Netizen menggesa pihak berkuasa menyiasat video kejadian itu dan mengambil tindakan tegas terhadap pemandu terbabit yang jelas sekali nyaris menyebabkan kemalngan dan mendatangkan bhya kepada pengguna lebuhraya lain.


Sumber: mymediahub

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.