Video wanita terajang suami tular

Semalam satu video telah tersebar yang memaparkan seorang wanita memukul seorang lelaki dipercayai suaminya sehingga viral di media sosial sehingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.

Video berdurasi 1 minit 24 saat itu memaparkan seorang wanita menyepak kepala suaminya sambil menghamburkan kata-kata sesat manakala suaminya dalam keadaan menangis terpaksa menahan sepakan isteri.

Berdasarkan loghat percakapan, wanita itu dipercayai berasal dari Pantai Timur.

Daripada sumber yang diterima, wanita itu dikatakan dalam proses bercerai dengan suaminya.

Bagaimanapun, suaminya enggan menceraikan wanita itu kerana masih sayangkannya.

Berikutan itu, netizen mengecam tindakan wanita itu yang disifatkan sebagai isteri derhaka kerana sanggup memukul suaminya sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*