Video: Zarina Sedih Hadapi Ujian, Azil Mula Berkelakuan Kasar Menyer4ngnya Kejar Sekeliling Rumah

KUALA LUMPUR: Memiliki dua anak istimewa yang kurang faham situasi semasa apatah lagi arahan duduk di rumah.

Zarina Zainuddin mengaku kehidupan harian sangat mencabar sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan .

Mengaku tidak mudah mengawal Muhammad Razail Azrai yang disapa Azil dan Muhammad Razal Azrai (Azal), berusia 24 tahun

Zarina memastikan anak kembarnya sentiasa melakukan aktiviti berfaedah bagi mengisi masa.

“Pagi semalam, saya perlu ke hospital mengambil ubat untuk mereka. Kalau tak pergi, tidak boleh sebab ubat itu penting.

Iyalah, mereka bukan faham kita tak boleh sentuh apa sahaja sekarang. Di sana, mereka berlari, jadi saya perlu mengejar.

“Kemudian mereka bergaduh sehingga mulut Azil berdarah. Sekarang hendak makan rasa pedih.

Begitulah cabaran saya setiap hari, apatah lagi ketika PKP,” katanya kepada BH Online.

Zarina berkata, Azal dan Azil yang menghidap autisme, tidak faham mengapa semua orang mesti duduk di rumah sekarang.

“Misalnya, Azil, setiap pagi, rutinnya adalah pergi ke kedai membeli surat khabar.

Boleh sahaja saya belikan, tapi dia mahu pergi dan ambil sendiri.

Kalau tak dapat, dia marah. Paling saya risau apabila dia mencederakan diri sendiri.

“Jadi, saya perlu keluar setiap pagi membawa Azil. Tetapi kami pergi ke kedai berdekatan sahaja,” katanya.

Tidak mahu melihat anak kembarnya mencederakan diri masing-masing.

Zarina melakukan pelbagai aktiviti agar mereka tidak bosan di rumah seperti sesi menggunting rambut.

Sementara itu, Zarina mengaku perniagaan makanannya terjejas berikutan PKP.

Namun, dia bersyukur masih menerima pesanan.

“Alhamdulillah, ada yang memesan makanan tapi tidak sebanyak dahulu.

Sebelum ini, saya boleh keluar berniaga di mana-mana hingga ke Singapura.

Sekarang, terhad di rumah, jadi pendapatan tidak banyak seperti biasa.

“Mujur simpanan masih ada. Cuba bayangkan peniaga kecil yang tiada simpanan, bergantung pada pendapatan seharian…

Kasihan mereka,” katanya.

Prihatin dengan nasib orang lain, Zarina turut menghulurkan bantuan kewangan kepada golongan memerlukan.

“Ada yang bercerita mengenai sumbangan mereka di laman sosial, ada yang tidak.

Setiap orang ada cara masing-masing. Dalam situasi ini, saya juga ambil peluang membantu insan memerlukan.

“Hendak menghantar makanan dan keperluan, saya tidak boleh keluar.

Jadi, saya hulurkan bantuan daripada segi wang ringgit agar mereka dapat membeli keperluan harian,” katanya.

Azil Mula Berkelakuan Kasar

Pelakon Zarina Zainuddin, memberitahu bahawa anak lelakinya, Muhammad Razail Azrai atau lebih mesra disapa Azil yang merupakan seorang autistik semakin sukar dikawal.

Ini kerana, menurut Zarina, selain sering tantrum setiap hari, anaknya yang merupakan pasangan kembar kepada Muhammad Razal Azrai atau Azal itu sudah mula melakukan tindakan luar kawalan termasuk menyer4ngnya.

“Saya sebenarnya dah malas nak tunjuk video Azil tantrum.

Perkara ini berlaku setiap pagi Azil akan bangun dan terus meng4muk.

“Sekarang dah pandai ser4ng.

Kadangkala saya dikejar keliling meja sebab saya taknak dia bawak makanan ke bilik atas.

Semalam Azil ser4ng abahnya di dapur.

Dia tolak abahnya depan mata saya, lihat abahnya bersabar,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam entri tersebut, Zarina turut berkongsi sebuah video yang memaparkan anaknya berada dalam keadaan tantrum sehingga menceder4kan diri.

Begitupun, menurut Zarina dia tetap sabar melayan kerenah anaknya itu walaupun perlu berdepan situasi tersebut saban hari.

“Jadi ibu kena kuat otak kena sihat jangan ikutkan perasaan menangani anak istimewa.

Anak syurga yang tak tahu apa apa yang tidak ada dosa yang berdosa kita sebenarnya kerana kurang sabar,” katanya.

Di ruangan komen, rata-rata memberikan sokongan dan memuji Zarina yang sentiasa tabah membesarkan dua orang anaknya yang autistik.

https://www.instagram.com/p/CFdnT3Xgw7q/?igshid=1b5o4z73v8rgy

Zarina mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar pada Julai 1993.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan empat anak lelaki termasuk sepasang kembar, iaitu Azal dan Azil.

Kredit:Gempak IG Zarina